UTM jayakan Geotrails @ FESKO 69 sebagai program interaktif teroka kampus

UTM jayakan Geotrails @ FESKO 69 sebagai program interaktif teroka kampus

Nov 27, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 23 Nov – Program Geotrails @ FESKO 69 yang diadakan pada 16, 22 dan 23 November 2025 merupakan salah satu pengisian istimewa sempena Festival Konvokesyen (FESKO) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-69. Program ini dibuka bukan sahaja kepada warga UTM, tetapi turut terbuka kepada orang awam yang ingin mengenali lebih dekat tentang keunikan kampus UTM Johor Bahru.

Program ini bertujuan memperkenalkan lokasi-lokasi menarik di UTM secara interaktif, dengan penyertaan peserta dikendalikan oleh pemandu pelancong terlatih. Pendekatan ini memberikan pengalaman eksplorasi yang tersusun, informatif, dan menyeronokkan, khususnya bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah, geografi, dan keistimewaan ekosistem kampus UTM.

Peserta bergambar di Balai Cerap UTM berlatar belakang bird eye view UTM

Pelaksanaan Geotrails @ FESKO 69 digerakkan sepenuhnya oleh warga kerja Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) bersama sukarelawan pelajar. Mereka bukan sahaja membantu dari aspek operasi tetapi turut memberi semangat baharu kepada program berbentuk komuniti dan pendidikan ini.

Program Geotrails juga merupakan sebahagian usaha strategik UTM dalam mempromosikan universiti sebagai produk pelancongan, selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026. Dengan membangunkan laluan pelancongan pendidikan seperti ini, UTM berperanan sebagai destinasi pembelajaran dan rekreasi yang menarik, serta membuka ruang kolaborasi dengan pelbagai pihak luar.

Sebanyak 11 lokasi menarik disediakan untuk peserta, disusun dalam tiga pakej pilihan yang boleh ditentukan mengikut masa dan minat. Pendekatan ini membolehkan peserta memilih fokus lawatan sama ada pada alam sekitar, seni bina, sejarah kampus, atau tarikan popular di sekitar UTM. Lokasi terbaru pada tahun ini termasuk Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PZRS), Stadium UTM, Dusun UTM, dan Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dalam kampus UTM.

Peserta gembira memberi makan ternakan kambing di Dusun UTM
Peserta bergambar di Padang Akademi JDT, UTM

Selain lawatan, peserta berpeluang menghasilkan corak tote bag menggunakan bunga dan daun melalui aktiviti eco-printing. Aktiviti ini memberi pengalaman baru mengenai penggunaan tumbuh-tumbuhan sebagai pewarna semula jadi. Peserta juga dibekalkan poskad khas untuk mengumpulkan cop unik bagi setiap lokasi yang dilawati.

Peserta bergambar bersama tote bag masing-masing

Program ini turut menjadi lapangan pilot-testing bagi aplikasi e-passport yang dibangunkan oleh pasukan dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). Aplikasi ini bertujuan memperkenalkan produk dan lokasi pelancongan UTM kepada masyarakat luar. Bagi perancangan jangka panjang, aplikasi ini dapat digunakan oleh warga UTM sebagai duta untuk memperkenalkan kampus sebagai salah satu produk Edu-pelancongan di Johor.

Peserta bersama poskad passport lengkap dengan cop setiap lokasi geotrails

Harapan besar diletakkan agar program ini berkembang menjadi sumber penjanaan berterusan kepada UTM, selaras dengan agenda kelestarian kewangan universiti. Dengan sokongan komuniti kampus dan sambutan masyarakat luar, Geotrails berpotensi menjadi tarikan tetap yang memperkaya pengalaman pengunjung dan meningkatkan keterlihatan UTM di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Oleh Qamaruzaman Mohd Noor dan Nur Syuhada Farhany Mohd Yahaya
Foto: Iskandar Khan Abdul Rahman

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM–Infineon Strategic Partnership Paves the Way for Future-Ready AI and Semiconductor Innovation

KUALA LUMPUR, 8 Dec – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Infineon Technologies Asia Pacific Pte. Ltd. strengthened their long-standing collaboration today with the signing of a Memorandum of Agreement (MoA) and the official launch of the UTM–Infineon Innovation...

Pelajar Johor rangkul tiga anugerah antarabangsa di Korea dengan filamen dari sisa nanas

JOHOR BAHRU, 8 Dis – Bermula dengan sebuah projek bekas makanan daripada sisa nanas, sekumpulan pelajar dari SMK Tan Sri Mohamad Rahmat kini mencipta sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa melalui inovasi filamen pencetak...

Lima atlet UTM galas tanggungjawab negara wakili Sukan SEA Thailand 2025

BANGKOK, 8 Dis – Sukan SEA 2025 edisi ke-33 yang merupakan temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara bakal berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Thailand, negara yang sinonim dengan jolokan Gajah Putih. Sebanyak 11 negara ASEAN mengambil bahagian iaitu...

UTM 2u2i: Celebrating Industry Partners, 100% GE, and Rising Premium Salaries

KUALA LUMPUR, Dec 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through its Faculty of Computing, successfully organized the 2u2i Appreciation Night to honor the strong partnerships that have shaped the success of the UTM 2u2i programme, Bachelor of Computer Science (Data...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day