Program Lawatan Kerja Rasmi delegasi dari negara Nigeria ke UTM telah berlangsung selama 3 hari (23-25 Ogos 2022). Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Duta Nigeria ke Malaysia, HE Dr. Hajara Ibrahim Salim, Menteri Pengangkutan, Honorable Prince Adegoroye Ademola Adewole, Pengerusi Nigerian Institute of Transport Technology (NITT) Governing Council, Honorable Njeze Eric Ejike dan wakil dari Kedutaan Nigeria di Malaysia bersama pegawai-pegawai tertinggi NITT seramai 9 orang. Dalam lawatan rasmi ini, satu majlis menandatangani MoU di antara NITT dan UTM telah dilaksanakan.
Selain itu delegasi juga telah mengadakan lawatan ke beberapa pusat dan makmal penyelidikan yang berkaitan khusus dalam bidang pengangkutan dan logistik iaitu Wind Turbine Lab, Proton Future Lab, Aerolab, Renewable Energy Centre, Security Monitoring Centre, Automotive Development Centre (ADC), Artificial Intelligence And Robotics (CAIRO) Dan Centre For Engineering Education (CEE). Pihak Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Research Institute of Sustainable Environment (RISE), Pejabat Keselamatan UTM dan Pejabat Harta Bina UTM dan semua yang terlibat bersama-sama menjayakan program ini.