Oleh: Ts. Dr. Cheng Kian Kai dan Ts. Dr. Nicole Leong Hong Yeng

Program pemindahan teknologi dan ilmu iaitu Projek KTP-RIG 2022: ‘Program Jom Sihat: Pemakanan Sihat, Sisa Dimanfaat’ telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 (Ahad) bertempat di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor.

Program yang menekankan elemen quadruple helix (University-Industry-Government-Community) ini adalah anjuran Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA), Universiti Teknologi Malaysia Kampus Pagoh dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, Syarikat EMRO Malaysia Sdn. Bhd., Sekolah Kebangsaan Ledang dan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak.

Seramai 195 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 6 dan pelajar pendidikan khas dari 11 buah sekolah sekitar daerah Tangkak, guru-guru dan ibubapa pelajar telah menyertai program ini. Antara sekolah terlibat dalam program ini adalah SK Ledang, SK Sri Tangkak, SK Payamas, SK Sialang, SK Sri Maamor, SK Bukit Banjar, SK Bandar Tangkak, SK Bekoh, SJKC Chi Ming (1), SJKC Chi Ming (2) dan SJKT Jalan Sialang.

 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat akan gaya pemakanan yang baik dan sihat. Amalan gaya pemakanan yang betul akan mendorong seseorang untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal bagi perkembangan tubuh badan yang sihat.

Proses ke arah menjaga kesihatan tubuh badan mestilah bermula dari pendidikan yakni pengetahuan tentang kepentingan makanan bernutrisi tinggi, proses pembuatan produk makanan yang terjamin kualitinya serta ilmu pengetahuan mengenai kepentingan nutrisi.

Di samping menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, adalah menjadi tanggungjawab manusia supaya gaya hidup tersebut memberi keseimbangan kepada kelestarian alam sekitar dan tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepadanya.

Dalam program ini juga, para peserta telah didedahkan kepada penggunaan teknologi mikroorganisma berkesan atau effective microorganism (EM) yang terdiri daripada gabungan bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik. Penggunaan EM ini membantu mempercepatkan proses pengitaran semula sisa pepejal organik kepada baja organik bernilai tinggi dan boleh diaplikasikan untuk pembangunan pertanian yang lestari.

 

Program yang berlangsung selama setengah hari ini merangkumi sesi seminar yang menjelaskan teori kepentingan makanan nutrisi, makanan halal dan sihat serta pengenalan kepada EM; pameran sains dan teknologi serta sesi praktikal.

Seterusnya sesi aplikasi penggunaan EM secara praktikal telah diadakan dan semua peserta berpeluang menyediakan bokashi dari sisa pepejal organik yang akan digunakan untuk projek ‘Kebun Kita’ di Sekolah Kebangsaan Ledang.

Dengan pengetahuan yang diberikan, para perserta boleh meneruskan usaha penghasilan input pertanian sendiri iaitu baja organik bagi meningkatkan hasil pertanian dan berkongsi ilmu tersebut dengan komuniti masing-masing.

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index