PUTRAJAYA, 30 Julai 2021 – Pengarah Institute of Future Energy (IFE), Prof. Dr. Arshad Ahmad telah diundang sebagai panelis pakar rujuk dalam program forum Virtual IGEM 2021, International Hydrogen Economy Forum & Strategic Lab dengan tema Visioning a Hydrogen Economy for Malaysia.

Forum ini dianjurkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan sasaran untuk memperkenalkan inisiatif pihak tempatan dan antarabangsa dalam teknologi hidrogen bagi merealisasikan ekonomi rendah karbon, mewujudkan peluang pelaburan baharu serta memantapkan rantaian nilai ekonomi hidrogen.

Sesi forum pada kali ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang selaku Ketua Setiausaha di Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) melalui pelantar virtual IGEM yang boleh dicapai melalui pautan https://virtual.igem.my/.

Image

Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang semasa menyampaikan ucapan alu-aluan semasa perasmian forum Virtual IGEM 2021, International Hydrogen Economy Forum & Strategic Lab dengan tema Visioning a Hydrogen Economy for Malaysia pada 30 Julai 2021 yang lepas.

Forum dengan tema Visioning a Hydrogen Economy for Malaysia ini dikendalikan melalui perantara Prof Madya Dr. Muhammad Abdullah yang merupakan Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sarawak dengan disertai panelis daripada universiti yang terdiri daripada Pengarah Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Arshad Ahmad dan Pengarah Institute Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin.

Pihak industri pula diwakili oleh En. Leon Liew, Pengurus Kanan di Pembangunan Korporat, Sarawak Energy Berhad dan Ir. Ts. Noraziah Muda (Ketua Bahagian Renewable Energy, TNB Research Sdn Bhd) manakala fungsi agensi kerajaan digalas oleh Ir. Tengku Kahar Muzzaffar daripada Kementerian Pengangkutan dan Dr. Ruslinda A. Rahim selaku Pengarah National Nanotechnology Centre (NNC), Kementarian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Prof. Dr. Arshad Ahmad, Pengarah Institute of Future Energy (IFE), Universiti Teknologi Malaysia yang diundang selaku panelis pakar rujuk dalam bidang hydrogen & energy safety.

Prof. Dr. Arshad Ahmad (dalam gambar dari kanan baris kedua), Pengarah Institute of Future Energy (IFE), Universiti Teknologi Malaysia yang diundang selaku Profesor yang pakar dalam bidang hidrogen dan keselamatan tenaga sedang menyampaikan pandangan serta harapan beliau untuk kemajuan hidrogen ekonomi di Malaysia.

Pengarah IFE turut berkata sebarang inisiatif untuk merealisasikan ekonomi hidrogen memerlukan satu polisi yang utuh daripada kerajaan dengan dibantu pelaksanaannya oleh agensi kerajaan beserta sokongan pihak industri.

Beliau mengambil contoh program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Sarawak yang menyediakan satu polisi yang jelas serta ekosistem yang baik bagi pembangunan ekonomi hidrogen.

Selain itu, beliau juga menyatakan harapan agar Putrajaya juga boleh menjadi contoh dengan pewujudan infrastruktur stesen pengisian semula gas hidrogen bagi menggalakkan penggunaan kenderaan hijau yang digerakkan oleh kuasa gas hidrogen.

Pelaksanaan hydrogen roadmap yang paling berkesan untuk memberikan kefahaman terhadap teknologi dan ekonomi hidrogen bagi orang awam adalah melalui model pengangkutan.

Sebagai contoh jika Putrajaya menjadi model Bandar Mesra Teknologi Hidrogen, orang awam dapat melihat stesen pengisian semula hidrogen yang beroperasi bagi keperluan kereta bersumber tenaga hidrogen dengan manfaat sifar jejak karbon (zero carbon footprint) serta penjimatan masa yang diperolehi sama seperti kenderaan berasaskan tenaga petrol dan diesel.

Beliau juga berkata bahawa tenaga hidrogen bukanlah suatu sumber tenaga yang mudah dan murah tetapi menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang.

Sebarang penjanaan tenaga lebihan daripada sumber boleh diperbaharui seperti tenaga solar boleh juga ditukarkan dalam bentuk gas hidrogen dan boleh digunakan semula bila diperlukan.

Image

Prof. Dr. Mohamed Mahmoud El Sayed Nasef (dalam gambar baris ketiga) , Timbalan Pengarah di Centre of Hydrogen Energy (CHE), Institute of Future Energy (IFE), Universiti Teknologi Malaysia turut diundang selaku panelis pakar rujuk dalam bidang hydrogen & membrane technology.

Dalam sesi yang lain pula, Prof. Dr. Mohamed Mahmoud El Sayed Nasef yang merupakan Timbalan Pengarah Centre of Hydrogen Energy (CHE), IFE, UTM Kuala Lumpur pula berkata CHE telah mempunyai banyak rekod cemerlang dalam menghasilkan inovasi dalam bidang teknologi hidrogen seperti kerusi roda dan basikal menggunakan tenaga hidrogen.

CHE juga mempunyai kepakaran dalam bidang fuel cell backup power system bagi menyokong keperluan kecemasan bagi perkhidmatan server di Pusat Data UTM.

Selain itu, CHE juga terlibat dengan pembangunan tenaga pakar teknologi hidrogen dengan melatih pelajar pascasiswazah diperingkat ijazah kedoktoran falsafah dan sarjana disamping memberikan pendedahan awal kepada pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia.

Video rakaman sesi forum boleh didapati di pautan yang diletakkan di laman rasmi FB Institute of Future Energy, UTM https://www.facebook.com/ifeutm untuk rujukan lanjut.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index