Digelar bapa MJIIT, Masahiko Horie penggerak jalinan strategik pendidikan Malaysia–Jepun

Digelar bapa MJIIT, Masahiko Horie penggerak jalinan strategik pendidikan Malaysia–Jepun

Nov 15, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 15 November 2025 – Nama Tuan Masahiko Horie, mantan Duta Jepun ke Malaysia, sememangnya tidak asing dalam landskap hubungan diplomatik dan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jepun.

Sumbangan beliau yang begitu besar terhadap pembangunan kerjasama akademik dua hala, khususnya dalam penubuhan Malaysia–Japan International Institute of Technology (MJIIT) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melayakkan beliau menerima Anugerah Ijazah Kehormat sempena Majlis Konvokesyen ke-69 UTM.

Tuan Masahiko Horie berjasa besar dalam landskap hubungan diplomatik dan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jepun.

Digelar sebagai “Bapa MJIIT”, beliau telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan penubuhan MJIIT, yang kini menjadi hab utama pendidikan tinggi Malaysia–Jepun di rantau ASEAN.

Beliau turut berperanan sebagai Profesor Adjung MJIIT dan Penaung Pejabat Satelit UTM–Meiji University di Tokyo, yang berfungsi sebagai pusat interaksi akademik antara kedua-dua institusi.

Ikon Jalinan Akademik Malaysia–Jepun

Sejak tahun 2015, beliau secara peribadi menyambut pelajar program dwi-ijazah UTM–Meiji University di Tokyo setiap tahun, sekaligus membuktikan komitmen beliau dalam memupuk hubungan akademik yang rapat dan mesra antara pelajar Malaysia dan Jepun.

Beliau turut menjadi tokoh utama yang menyokong usaha Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM) dalam menjayakan kerjasama strategik antara UTM dan Universiti Meiji pada tahun 2024.

Selain itu, sumbangan beliau telah memperkukuh jaringan MJIIT–Japanese University Consortium (JUC) yang melibatkan 31 universiti Jepun telah memperluas dimensi kerjasama akademik antara Malaysia dan Jepun, khususnya dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan penyelidikan bencana.

Beliau juga aktif dalam wacana antarabangsa apabila menyampaikan ucaptama di Malaysia–Japan Vision Conference (MJVC) 2024 anjuran TalentCorp dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia di Universiti Tokyo.

Beliau pernah dijemput menyampaikan Syarahan Kepimpinan Khas UTM/MJIIT, yang menekankan kepentingan Dasar Pandang ke Timur, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan isu perubahan iklim global.

Penyumbang Keamanan dan Kelestarian Global

Sebagai seorang diplomat berpengalaman, beliau dikenali sebagai tokoh yang banyak membantu memperkukuh hubungan perniagaan, pendidikan dan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun.

Ketika berkhidmat sebagai Duta Jepun ke Malaysia, beliau memainkan peranan penting dalam menandatangani perjanjian bantuan geran Jepun kepada Malaysia bagi memperkukuh kawalan keselamatan perairan negara, yang melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Kastam Diraja Malaysia.

Dalam aspek kemanusiaan dan kelestarian, beliau turut berkongsi kepakaran sebagai Profesor dan Duta Hal Ehwal Alam Sekitar Global, khususnya dalam kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC), MJIIT.

Beliau turut mengilhamkan penubuhan Pusat Penyelidikan Pengurusan Bencana serta memperkenalkan dasar “Look Malaysia Policy” bagi menarik lebih ramai pelajar Jepun melanjutkan pengajian di Malaysia.

Tokoh Antarabangsa Bertaraf Dunia

Sumbangan beliau tidak terhenti di sempadan Asia. Pada tahun 2012, beliau telah menerima “L’Ordre National du Mérite” daripada Presiden Perancis sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang diplomasi dan kelestarian.

Pada tahun 2020, beliau turut dianugerahkan “Order of the Sacred Treasure” oleh Maharaja Jepun, salah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan Jepun terhadap perkhidmatan awam dan diplomasi luar negara.

Di bawah kepimpinannya, bandar kelahirannya, Toyama, diiktiraf sebagai “Bandar Kecekapan Tenaga Dunia” pada tahun 2012, hasil usaha beliau dalam mempromosi dasar tenaga lestari.

Beliau juga menerima “Best Diplomat Award” daripada BrandLaureate Foundation pada tahun 2011.

Beliau turut dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Inisiatif Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SE4All), yang memperjuangkan akses tenaga bersih dan mampan untuk semua.

Mengakar Erti Persahabatan Dua Bangsa

Penganugerahan Ijazah Kehormat oleh UTM ini menjadi simbol penghargaan tertinggi universiti kepada tokoh luar negara yang telah banyak berjasa dalam memupuk kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun.

Tuan Masahiko Horie telah membuktikan bahawa hubungan antarabangsa tidak hanya dibina atas dasar diplomasi dan kepentingan ekonomi, tetapi juga atas dasar keikhlasan, persahabatan dan semangat memperkasa ilmu pengetahuan.

Beliau ialah lambang ketokohan yang merentas sempadan, seorang diplomat yang menjadikan pendidikan sebagai jambatan perdamaian dan kemajuan antara dua bangsa.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM perkasa kedudukan serantau dengan penganjuran ASEAN Quantum Summit pertama

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited dalam mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi serantau apabila selesai menganjurkan Majlis Perasmian ASEAN Quantum Summit 2025 di Dewan Sultan Iskandar, satu perhimpunan saintifik yang menandakan...

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day