FEST perkasa ekosistem intelektual melalui kolaborasi sinergi

FEST perkasa ekosistem intelektual melalui kolaborasi sinergi

Nov 25, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan FEST Academia Alumni Industry Network (FAAIN) 2025, sebuah inisiatif strategik yang menghimpunkan akademia, alumni serta pemain industri bagi mengukuhkan ekosistem pendidikan dan penyelidikan gunaan di universiti.

Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan menyelaraskan kepakaran dan pengalaman pelbagai pihak berkepentingan serta menyediakan platform strategik untuk kolaborasi berimpak tinggi dalam bentuk penyelidikan, inovasi, pembangunan profesional dan jaringan industri. FAAIN diharap dapat menjadi jambatan yang menghubungkan keperluan industri dengan kemampuan akademia, sekali gus memacu inovasi pendidikan dan teknologi.

Pelancaran FEST Academia Alumni Industry Network (FAAIN) 2025 yang berlangsung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Baharu
Pelancaran FEST Academia Alumni Industry Network 2025 yang berlangsung di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru

Dalam ucapannya, Pengarah Program, Dr. Siti Nisrin Mohd Anis menegaskan bahawa FAAIN berperanan sebagai penghubung strategik yang mempertemukan keupayaan akademia dengan tuntutan industri, sekali gus membuka peluang kepada pelaksanaan kerjasama yang lebih tersusun dan berkekalan. Usaha ini juga diyakini dapat memperkukuh pembangunan bakat profesional serta memperluas peluang penyelidikan gunaan di UTM.

Sementara itu, Dekan FEST, Prof. Dr. Noraffandy Yahaya menekankan kepentingan mewujudkan ekosistem intelektual yang subur melalui FAAIN. Jaringan ini melibatkan dialog kritikal, perkongsian pengetahuan, penyelidikan gunaan dan kolaborasi berterusan antara akademia, alumni dan industri. Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan impak penyelidikan ilmiah dan penerbitan fakulti, tetapi turut menyediakan peluang kepada pelajar dan tenaga akademik untuk berinteraksi secara langsung dengan industri.

Antara inisiatif yang bakal diperluas melalui jaringan FAAIN ialah pemerkasaan program STEM di Pengerang, yang melibatkan pembangunan ekosistem pendidikan dan komuniti dengan sokongan pelaburan daripada Pengerang Integrated Complex (PIC). Langkah ini diyakini dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik dengan industri tenaga dan teknologi tinggi, sekali gus memperkukuh peranan FEST dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md Illias menekankan bahawa FAAIN selari dengan agenda quadruple helix, iaitu sinergi antara akademia, industri, kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan, serta komuniti. Beliau menyatakan bahawa kerjasama empat pihak ini menjadi asas penting dalam melahirkan pemimpin masa depan yang holistik, kompeten dan berdaya saing dalam ekosistem pendidikan negara.

Ucapan Perasamian FAAIN 2025 oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli bin Md Illias
Ucapan perasmian FAAIN 2025 oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md Illias

Prof. Dr. Rosli turut menegaskan bahawa institusi seperti UTM sentiasa bersedia memainkan peranan strategik dalam menerajui pembangunan material dan rohani masyarakat, khususnya melalui penyelidikan berimpak, inovasi teknologi, dan penglibatan komuniti yang berterusan. Beliau menekankan bahawa warga FEST perlu melengkapkan diri dengan ilmu terkini dan pemikiran terkehadapan, berani melangkaui kepakaran tradisional, serta mampu mengemukakan penyelesaian yang bersifat multidisiplin.

“Kita memerlukan pemikiran keusahawanan, keberanian untuk berfikir di luar kotak serta keupayaan membangunkan system thinking agar penyelidikan dan inovasi benar-benar menyentuh realiti lapangan,” jelas beliau sambil menambah bahawa UTM sentiasa menyokong usaha fakulti yang berjiwa besar dan berorientasikan impak seperti FEST.

Sepanjang dua hari penganjuran, FAAIN 2025 menampilkan pelbagai agenda, termasuk pemeteraian dan pertukaran Letter of Intent, pelancaran empat buah buku baharu FEST bagi tahun 2025, pameran 20 buah buku yang diterbitkan sejak 2023, pameran institusi dan alumni, forum serta sesi perbincangan bersama rakan industri. Keseluruhan aktiviti ini dirancang untuk memperkukuh hubungan akademia-industri dan menyediakan ruang pembelajaran serta kolaborasi yang berimpak tinggi.

Pertukaran dokumen Letter of Intent antara Dekan FEST, Prof. Dr. Noraffandy Yahaya, dan pihak industri disaksikan oleh TDPIPA FEST, Prof. Madya Dr. Aede, dan TNCPI, Prof. Dr. Rosli Md Illias

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM perkasa kedudukan serantau dengan penganjuran ASEAN Quantum Summit pertama

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited dalam mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi serantau apabila selesai menganjurkan Majlis Perasmian ASEAN Quantum Summit 2025 di Dewan Sultan Iskandar, satu perhimpunan saintifik yang menandakan...

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day