Forum MyIDEAS: Falsafah, Etika dan Kelestarian dalam Dasar AI IPT

Forum MyIDEAS: Falsafah, Etika dan Kelestarian dalam Dasar AI IPT

Nov 7, 2025 | UTM NewsHub

PUTRAJAYA, 6 November 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan forum Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival IDEA Putrajaya 2025, bertemakan “Pembangunan Kerangka Dasar Kecerdasan Buatan (AI) Pendidikan Tinggi Malaysia”.

Forum yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini dipengerusikan oleh Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, dan menghimpunkan tokoh-tokoh dari pelbagai bidang yang membincangkan empat dimensi utama pembangunan dasar AI pendidikan tinggi iaitu pendidikan dan falsafah, kebolehpasaran graduan, dasar dan perundangan, serta kelestarian tenaga.

Forum dipengerusikan oleh Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Graduan AI Perlu Dilengkapi Pemikiran Analitik, Kreatif dan Etika Profesional

Perbincangan forum menekankan bahawa kecerdasan buatan tidak boleh dilihat sekadar sebagai alat produktiviti, sebaliknya sebagai ruang untuk membentuk pemikiran analitik, kreatif dan beretika. Graduan AI masa depan perlu memahami bahawa kemajuan teknologi hanya bermakna apabila disertai dengan keupayaan menilai dan membuat keputusan secara bertanggungjawab. Pendidikan tinggi diseru untuk mengekalkan asas Falsafah Pendidikan Negara sebagai panduan utama dalam pembangunan kurikulum AI agar keseimbangan antara ilmu, akhlak dan kemanusiaan terus terpelihara.

YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku panel pertama forum

Kebolehpasaran dan Keperluan Tenaga Kerja AI yang Sentiasa Berubah

Forum turut membincangkan isu kebolehpasaran dan kekurangan tenaga kerja dalam bidang AI. Perubahan pantas teknologi menuntut penyelarasan berterusan antara universiti dan industri supaya graduan bukan sahaja bersedia menghadapi cabaran pekerjaan semasa, tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan jenis pekerjaan baharu yang muncul hasil transformasi digital dan ekonomi hijau. Inisiatif seperti MyMahir dan Future AI Talent Council dilihat penting dalam mengenal pasti keperluan tenaga kerja serta membina kemahiran boleh pindah (transferable skills) yang sesuai dengan masa depan tenaga kerja digital negara.

YBrs. Encik Nazrul Aziz, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad selaku panel kedua forum

Tadbir Urus AI Perlu Adaptif, Beretika dan Menepati Acuan Negara

Dalam aspek dasar dan perundangan, forum menegaskan bahawa tadbir urus AI perlu beralih daripada pendekatan kawalan semata-mata kepada pendekatan beretika dan adaptif. Tadbir urus yang berkesan mesti menekankan nilai tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti agar pembangunan teknologi tidak mengorbankan prinsip kemanusiaan serta kebebasan intelektual. Panel turut menekankan kepentingan penanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa, namun menegaskan bahawa pelaksanaannya mesti disesuaikan dengan acuan Malaysia. Setiap dasar perlu mengambil kira konteks sosial, budaya dan institusi tempatan supaya model pembangunan AI negara bukan sekadar meniru luar, tetapi benar-benar berakar pada nilai dan aspirasi nasional.

 

YBrs. Prof. Dr. Hartini Saripan, Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku panel ketiga forum

AI dan Kelestarian Tenaga: Isu Baharu Era Digital

Forum juga menyoroti kaitan rapat antara kemajuan AI dan keperluan tenaga yang meningkat, khususnya bagi pusat data dan sistem grid pintar (smart grid). Peserta menegaskan keperluan dasar AI yang menitikberatkan kelestarian tenaga dan pengurusan sumber secara mampan, agar kemajuan digital tidak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. AI bukan sahaja pengguna tenaga, tetapi juga pemacu kepada penyelesaian tenaga yang lebih cekap dan hijau. Justeru, kita memerlukan dasar yang berpandangan jauh dan bersepadu.

YBrs. Professor Emeritus Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman, Penasihat National Energy Centre (NEC) UNITEN selaku panel keempat forum

Ke Arah Dasar AI Pendidikan Tinggi Malaysia yang Berteraskan Nilai

Forum diakhiri dengan kesepakatan bahawa dasar AI pendidikan tinggi Malaysia perlu dibangunkan secara holistik dan berpaksikan nilai kemanusiaan. Dasar tersebut harus menyeimbangkan antara produktiviti, inovasi, etika dan kelestarian, di samping memperkukuh penglibatan pelbagai pihak dalam membentuk ekosistem AI yang bertanggungjawab, mampan dan menepati acuan Malaysia.

Majlis penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan

 

Warga UTM memeriahkan Festival of Ideas Putrajaya 2025

Disediakan oleh:

Dr. Siti Hasliah Binti Salleh dan Dr. Adam Bin Mohd Khairuddin, Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM-KL

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM perkasa kedudukan serantau dengan penganjuran ASEAN Quantum Summit pertama

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited dalam mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi serantau apabila selesai menganjurkan Majlis Perasmian ASEAN Quantum Summit 2025 di Dewan Sultan Iskandar, satu perhimpunan saintifik yang menandakan...

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day