Istiqamah, doa keluarga iringi kejayaan Imam UTM gapai sarjana

Istiqamah, doa keluarga iringi kejayaan Imam UTM gapai sarjana

Nov 18, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 17 Nov. — Figura ini bukan lagi asing dalam kalangan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Suara merdu beliau ketika menggalas amanah sebagai Imam dan Khatib di Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru sudah sinonim dengan para staf dan pelajar yang menunaikan solat berjemaah di sana.

Di sebalik kesibukan tugas beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM, beliau menyimpan tekad dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan agama, meneruskan jihad menuntut ilmu, untuk manfaat ummah.

Ustaz Mohamad Firdaus Pazim, telah berjaya meraih ijazah Sarjana Pengajian Islam (Kerja Kursus) dalam Majlis Konvokesyen ke-69 UTM selepas melalui tempoh pengajian hampir satu setengah tahun yang penuh cabaran dan pengorbanan.

Mengimbau kembali fokus pengajiannya, beliau menjadikan penyelidikan bertajuk “Pemerkasaan Program Pembudayaan al-Quran sebagai Medium Dakwah Terhadap Staf UTM” sebagai teras kajiannya, sebuah usaha yang membawa aspirasi besar untuk memperkukuh budaya al-Quran dalam kalangan warga universiti.

Mengimbangi komitmen kerja di pejabat, tugasan pengajian dan tanggungjawab keluarga bukanlah perkara kecil bagi Ustaz Firdaus. Kelas yang berlangsung hampir setiap petang selepas waktu bertugas menuntut bukan sahaja masa, tetapi juga kekuatan fizikal dan mental.

“Kadang-kadang tenaga sangat berkurang, namun saya tetap hadir ke kelas. Dalam kesibukan kerja dan giliran mengambil anak di sekolah, saya belajar mengurus masa dengan lebih berdisiplin,” jelasnya.

Di sebalik kejayaan ini, berdiri teguh sokongan keluarga tercinta; isteri, anak-anak serta ibu bapa yang sentiasa menitipkan doa dan galakan. Di samping itu, bimbingan para pensyarah serta semangat rakan-rakan seperjuangan menjadi antara pemangkin utama.

Sokongan dan doa keluarga mengiringi langkah kejayaan Ustaz Firdaus.

“Menuntut ilmu ini ibadah. Kesedaran itulah yang tidak pernah membenarkan saya berhenti,” katanya.

Dalam memperkukuh momentumnya, beliau menetapkan matlamat mingguan dan bulanan, hadir ke kelas biarpun penat, dan menulis sedikit setiap hari.

Sokongan padu isteri menjadi penguat semangat untuk Ustaz Firdaus menamatkan pengajian.

Seperti kebanyakan pelajar bekerja, beliau tidak terlepas daripada saat-saat getir. Beban kerja kadangkala memuncak hingga timbul rasa ingin menangguhkan pengajian.

“Ketika itu saya ingat pengorbanan keluarga, ingat impian sendiri, dan ingat bimbingan pensyarah yang sentiasa menyuntik motivasi. Doa keluarga, khususnya Umi dan Abah, menguatkan saya untuk teruskan langkah.

Bukan sahaja keluarga, malah suasana di tempat kerja turut membantu perjalanan akademiknya. Majikan, rakan-rakan dan pihak pengurusan memberikan fleksibiliti serta galakan, memudahkan beliau melunaskan komitmen pengajian tanpa mengabaikan tanggungjawab profesional.

Menutup kisahnya, Ustaz Firdaus berkongsi prinsip hidup yang menjadi panduan sepanjang perjuangannya:

“Perjalanan hidup mesti dipandu dengan cahaya ilmu. Manfaat ilmu menjadikan hidup ini lebih bermakna. Terapkan cintakan ilmu dan jangan pernah berhenti belajar.

Kejayaan Ustaz Firdaus Pazim pada hari yang bersejarah ini bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi simbol ketabahan, keikhlasan dan kekuatan doa, nilai yang terus menjadi nadi UTM dalam melahirkan insan berilmu dan berakhlak mulia.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM perkasa kedudukan serantau dengan penganjuran ASEAN Quantum Summit pertama

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited dalam mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi serantau apabila selesai menganjurkan Majlis Perasmian ASEAN Quantum Summit 2025 di Dewan Sultan Iskandar, satu perhimpunan saintifik yang menandakan...

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day