Kempen Hentikan Buli di Sekolah perkukuh peranan universiti dan komuniti wujudkan sekolah selamat

Kempen Hentikan Buli di Sekolah perkukuh peranan universiti dan komuniti wujudkan sekolah selamat

Oct 27, 2025 | UTM NewsHub

GERIK, 24 Okt. – Usaha membanteras gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah terus diperkukuh menerusi penganjuran Kempen Hentikan Buli di Sekolah 2025 yang diadakan di Sekolah Agama Tarbiatul Atfal, Kampung Padang, Gerik, Perak. Program ini menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada 40 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), guru, ibu bapa serta 160 pelajar sekolah.

Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Pejabat Canseleri UTM, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Penganjurannya bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan buli di sekolah dan membentuk suasana pembelajaran yang selamat, positif serta bebas daripada unsur keganasan.

Peningkatan kes buli sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan pelajar di sekolah. Justeru, pendekatan yang menggabungkan peranan ibu bapa, guru dan pihak universiti dilihat mampu membina sinergi baharu dalam usaha membendung gejala tersebut dari peringkat awal.

Kempen Hentikan Buli di Sekolah menggabungkan peranan universiti, ibu bapa, guru dan pelajar dalam mempromosikan sekolah selamat

Menurut Penyelaras Program, Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud, kempen ini menjadi wadah UTM menyantuni komuniti setempat dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu sosial semasa. Beliau menegaskan bahawa pendekatan kolaboratif seperti ini selaras dengan matlamat universiti dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang lestari serta berimpak kepada masyarakat.

“Guru dan ibu bapa diberikan pengisian khas tentang kaedah berdepan isu buli di sekolah, selain didikan awal yang bermula dari rumah. Sesi perkongsian bersama ibu bapa amat bermakna kerana membuka ruang untuk bersama-sama mencari langkah pencegahan dan membina perubahan berterusan. Pandangan ibu bapa sebagai asas pembentukan akhlak pelajar turut dijadikan panduan,” katanya.

Antara pengisian utama ialah ceramah khas bertajuk ‘Hentikan Buli di Sekolah’ yang disampaikan oleh Dr. Farah Nadiah Abdul Rahim, Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur, serta sesi perkongsian pengalaman bersama guru dan ibu bapa. Mahasiswa UTM pula mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama pelajar melalui sesi perbincangan interaktif dan pertandingan mewarna poster bertemakan “Hentikan Buli”.

Pertandingan mewarna poster kempen Hentikan Buli menyemarakkan iltizam membendung keganasan dan buli di sekolah

Menurut Pengarah Program, Muhammad Syafiq Ishak, aktiviti ini bukan sekadar mengetengahkan kreativiti pelajar tetapi turut menyemai nilai menolak keganasan dan membentuk empati dalam kalangan peserta. “Nilai yang diterapkan dalam aktiviti ini bukan hanya pada keindahan warna, tetapi juga mesej anti-buli yang ingin dipupuk secara berterusan,” jelasnya.

Mahasiswa UTM memainkan peranan penting dalam membentuk nilai murni dan kesedaran menolak keganasan dalam kalangan generasi muda

Sementara itu, Pengerusi PIBG, Wan Mohd Husni Wan Jamal, berkata pihaknya berhasrat meneruskan kempen kesedaran ini sepanjang tahun melalui pelbagai pendekatan seperti pertandingan penulisan esei, forum bersama ibu bapa serta kempen kesedaran di media sosial. Beliau menambah, mesej anti-buli perlu dijadikan budaya sekolah agar nilai hormat dan toleransi sentiasa subur dalam kalangan pelajar.

Ibu bapa yang hadir turut menyatakan penghargaan kepada pihak UTM kerana sudi turun padang bersama komuniti bagi mencari pendekatan yang berkesan dalam mengekang isu buli bermula dari rumah.

Kempen ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna poster serta penyerahan plat butang Kempen Anti Buli di Sekolah kepada semua peserta sebagai simbol komitmen bersama dalam membendung keganasan dan menyemai nilai budi pekerti dalam kalangan generasi muda.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sebagai penghargaan terhadap mesej kreatif anti-buli yang diketengahkan
Majlis penyerahan cenderamata daripada wakil UTM kepada Pengerusi PIBG sebagai tanda penghargaan atas kerjasama penganjuran

Program ini secara tidak langsung mencerminkan peranan universiti dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI ke arah pembentukan komuniti yang aman, sejahtera dan berakhlak.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM dan JPS rancang MoU baharu perkukuh kerjasama penyelidikan dan pengurusan sumber air

CYBERJAYA, 11 Nov – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan satu sesi perbincangan bagi merangka Memorandum Persefahaman (MoU) baharu antara kedua-dua pihak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pengurusan...

FEST UTM perkasa hak dan keselamatan kanak-kanak melalui Program Ibu Bapa Sejahtera, Anak Selamat Siri 2

JOHOR BAHRU, 8 Nov – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited memperkasa institusi keluarga dan membina komuniti kejiranan selamat melalui penganjuran Program Ibu Bapa Sejahtera, Anak Selamat Siri 2 yang berfokus...

Property Value and Civic Pride for The Economics of Cleanliness

Normally, I spend my days delving into market trends, valuation models, and the intricate mechanics of urban growth. But today, I want to step away from the spreadsheets and talk about something far more fundamental, something that touches the very core of our homes...

KTF UTM perkukuh minat pelajar terhadap STEM di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 8 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kolej Tun Fatimah (KTF) terus memperkukuh jalinan universiti dengan masyarakat apabila menyertai Karnival Kerjaya STEM Peringkat Negeri 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day