Pasangan pensyarah MARA rai kejayaan pengajian Sarjana UTM melalui Open and Distance Learning

Pasangan pensyarah MARA rai kejayaan pengajian Sarjana UTM melalui Open and Distance Learning

Nov 21, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 20 Nov – Mengimbau perjalanan akademik pasangan suami isteri, Muhammad Fayyadh Mohd Azmi dan Wan Noorashikin Wan Shamsuddin, menjadi inspirasi kepada warga pendidik apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian dalam program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) melalui mod Open and Distance Learning (ODL) di Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pasangan yang berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Mandarin di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota ini mengharungi cabaran besar dalam mengimbangi tanggungjawab kerjaya, keluarga dan pengajian. Namun tekad untuk menambah ilmu dan memperkukuh kompetensi profesional menjadikan program ODL UTM sebagai pilihan ideal, khususnya dengan fleksibiliti kuliah serta tugasan yang dijalankan selepas waktu bekerja.

“Kami tertarik dengan sistem pembelajaran UTM yang fleksibel dan dilaksanakan selepas waktu bekerja. Walaupun secara dalam talian, kaedah yang digunakan tetap berkesan dan interaktif,” kata mereka ketika ditemu bual.

odl fayyad dan sykin
Muhammad Fayyadh dan Wan Noorashikin berkongsi kegembiraan setelah berjaya menamatkan pengajian melalui mod ODL UTM yang merealisasikan impian mereka menggenggam ijazah sarjana (Sumber: Media FEST)

Fasiliti digital yang komprehensif turut menjadi faktor penting dalam perjalanan akademik mereka. Platform pembelajaran UTM yang menyediakan akses kepada video, nota kuliah, tugasan, forum perbincangan dan bahan multimedia membuka ruang pembelajaran yang tidak terbatas kepada masa dan lokasi, sekali gus memudahkan mereka menyesuaikan pengajian dengan komitmen harian.

Program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) mod ODL ini juga membuktikan kredibilitinya apabila menerima Anugerah Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 di bawah kategori Kurikulum Pengajian Inovatif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun 2025, program berkenaan turut melepasi penilaian ASEAN University Network-Quality Assurance (AUN-QA) Programme Assessment, menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap kualiti akademiknya.

Bagi pasangan ini, sokongan pensyarah FEST menjadi pendorong besar yang membantu mereka mengekalkan momentum pembelajaran. Pendekatan pedagogi abad ke-21 yang diterapkan dalam program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran kolaboratif dan pemikiran kritis, malah membantu mereka mengurus pelbagai komitmen secara lebih tersusun. Banyak idea tugasan mereka tercetus daripada perbincangan santai di rumah mahupun ketika perjalanan ke tempat kerja.

Kesungguhan ini akhirnya membuahkan hasil apabila Wan Noorashikin mencatat PNGK 3.98 dan Muhammad Fayyadh memperoleh PNGK 3.84, suatu pencapaian membanggakan bagi pasangan yang menamatkan pengajian bersama-sama. Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas tajaan yang memungkinkan mereka mencapai kejayaan ini.

Selain pasangan tersebut, beberapa pensyarah MARA lain turut menamatkan pengajian dalam bidang yang sama melalui mod ODL, antaranya Nur Amalina Zainal, Fathiyah Jamaludin, Nurhafiza Mohd Hassim, Nor Hidayah Adimun, Anis Misbah dan Nurdalila Azlan dari MARA-Japan Industrial Institute; Lowearnes Ahmad Shukri dari Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur; serta Ahmad Zaki Ismail dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan.

Pasangan graduan bersama rakan-rakan tajaan MARA yang turut meraikan detik konvokesyen pada sesi ini (Sumber: Media FEST)

Bagi UTM, kejayaan graduan MARA ini mencerminkan kekuatan program ODL sebagai platform pembelajaran fleksibel yang terus memenuhi keperluan golongan profesional. Program ini bukan sekadar laluan akademik alternatif, tetapi juga satu pendekatan pendidikan yang memberi ruang kepada pelajar bekerja untuk terus maju tanpa mengorbankan komitmen keluarga dan kerjaya.

“Kejayaan ini bukan milik kami semata-mata, tetapi hasil doa ibu bapa, bimbingan pensyarah dan peluang yang diberikan oleh UTM,” ujar pasangan itu penuh kesyukuran.

Dedikasi para graduan ini sekali lagi membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran jarak jauh yang ditawarkan UTM mampu menjadi pemangkin transformasi pendidikan negara. Dengan sokongan teknologi yang mantap, kurikulum bertaraf antarabangsa dan para pensyarah yang komited, UTM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan fleksibel dan inovatif di Malaysia.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM perkasa kedudukan serantau dengan penganjuran ASEAN Quantum Summit pertama

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited dalam mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi serantau apabila selesai menganjurkan Majlis Perasmian ASEAN Quantum Summit 2025 di Dewan Sultan Iskandar, satu perhimpunan saintifik yang menandakan...

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

From UTM Petroleum Engineering Students to Energy Industry Leaders

JOHOR BAHRU, 11 Dec — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) continues to demonstrate its strength in producing industry-ready graduates and future employers through the success of its alumni, Muhammad Al Siediq Ahnap and Izam Ikhwan Kamaruddin, co-founders of MISE...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day