UTM Kuala Lumpur semarak nilai kelestarian bandar melalui SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS

UTM Kuala Lumpur semarak nilai kelestarian bandar melalui SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS

Oct 5, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama UTMSPACE dan Yayasan Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS yang berlangsung di Kebun Bandar, Sungai Bunus, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung dengan penuh semangat dan kesukarelawanan itu menghimpunkan lebih 80 peserta terdiri daripada warga UTM Kuala Lumpur, komuniti Kebun Bandar Sungai Bunus serta wakil agensi pelbagai pihak yang berganding bahu dalam pelaksanaan aktiviti berteraskan kelestarian alam sekitar.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan kebun, penanaman semula pokok serta kerja-kerja menceriakan persekitaran. Inisiatif ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap penjagaan ekosistem bandar, malah turut memperkukuh hubungan erat antara warga universiti dengan komuniti setempat melalui semangat kerjasama dan kesukarelawanan.

Peserta program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS memulakan aktiviti senam pagi bersama komuniti Kebun Bandar Sungai Bunus bagi menyemarakkan semangat kecergasan dan gaya hidup sihat
Program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS semai nilai kelestarian dalam kalangan warga UTM Kuala Lumpur dan komuniti setempat

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar serta masyarakat umum, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui penglibatan langsung dalam aktiviti komuniti, peserta berpeluang memahami dengan lebih mendalam kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem dan peranan mereka sebagai generasi muda dalam memastikan kesinambungan pembangunan lestari negara.

Pelajar UTM Kuala Lumpur bersama komuniti Kebun Bandar Sungai Bunus bergotong-royong membersihkan kawasan kebun sebagai usaha memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar

Selain memberi tumpuan terhadap aspek kelestarian, program ini turut berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh penjenamaan UTM Kuala Lumpur di mata masyarakat melalui penglibatan aktif universiti dalam inisiatif berasaskan komuniti. Sebagai salah satu pemegang taruh rasmi di Kebun Bandar Sungai Bunus, penyertaan UTM Kuala Lumpur dalam program ini memperlihatkan komitmen tinggi universiti terhadap pemeliharaan kelestarian bandar di samping memperkukuh jaringan kolaborasi bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

Pelajar UTM Kuala Lumpur bersama komuniti Kebun Bandar Sungai Bunus berganding bahu membersihkan kawasan kebun dalam program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS sebagai usaha memupuk semangat kerjasama dan kelestarian

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed, dengan kehadiran Tuan Haji Ahmad Shamsul Baharin Mohd Hanafiah, Penasihat Kebun Bandar Sungai Bunus, serta Muhammad Harraz Shamsaidi, Presiden Sekretariat Rakan Muda UTM Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Dr. Abdul Basir menzahirkan penghargaan kepada UTM Kuala Lumpur atas usaha murni menganjurkan program yang bukan sahaja mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga kelestarian alam, tetapi juga menggalakkan pembentukan komuniti yang harmoni, prihatin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran.

Muhammad Harraz Shamsaidi menyerahkan plak penghargaan kepada Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program SRM ECO KOMUNITI @SG BUNUS

Sementara itu, Muhammad Harraz dalam ucapannya menekankan bahawa penganjuran SRM ECO KOMUNITI merupakan sebahagian daripada usaha Sekretariat Rakan Muda untuk memperluas pengaruh positif mahasiswa UTM dalam masyarakat melalui pendekatan “youth-led community engagement.” Menurutnya, penglibatan pelajar dalam program sebegini bukan sahaja memperkukuh sahsiah dan nilai kepimpinan, tetapi juga meningkatkan kesedaran sosial selaras dengan nilai-nilai teras universiti.

Secara keseluruhannya, SRM ECO KOMUNITI@SG BUNUS bukan sekadar aktiviti gotong-royong, tetapi merupakan sebuah inisiatif berimpak tinggi yang menyatukan warga universiti dan komuniti bandar dalam memperkukuh nilai kelestarian, tanggungjawab sosial serta semangat perpaduan demi kesejahteraan bersama.

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM dan JPS rancang MoU baharu perkukuh kerjasama penyelidikan dan pengurusan sumber air

CYBERJAYA, 11 Nov – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan satu sesi perbincangan bagi merangka Memorandum Persefahaman (MoU) baharu antara kedua-dua pihak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pengurusan...

FEST UTM perkasa hak dan keselamatan kanak-kanak melalui Program Ibu Bapa Sejahtera, Anak Selamat Siri 2

JOHOR BAHRU, 8 Nov – Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited memperkasa institusi keluarga dan membina komuniti kejiranan selamat melalui penganjuran Program Ibu Bapa Sejahtera, Anak Selamat Siri 2 yang berfokus...

Property Value and Civic Pride for The Economics of Cleanliness

Normally, I spend my days delving into market trends, valuation models, and the intricate mechanics of urban growth. But today, I want to step away from the spreadsheets and talk about something far more fundamental, something that touches the very core of our homes...

KTF UTM perkukuh minat pelajar terhadap STEM di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM, 8 Nov – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kolej Tun Fatimah (KTF) terus memperkukuh jalinan universiti dengan masyarakat apabila menyertai Karnival Kerjaya STEM Peringkat Negeri 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day