Disediakan oleh Marina binti Zainal, CCIN

Sempena menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh rahmat dan keampunan pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) berasa perlunya diadakan program-program khidmat masyarakat melalui Program Infaq Ramadan yang bertujuan mendekatkan warga Universiti bersama Komuniti setempat yang memerlukan, disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara warga UTM, pelajar dengan komuniti.  

Selaras dengan inisiatif UTM Prihatin, pihak CCIN telah mengadakan Program Infaq Ramadan – Tautan Kasih CCIN 2021/1442H dan  telah mengenalpasti komuniti dan pelajar UTM yang layak  menerima sumbangan samada berupa barangan keperluan harian atau wang tunai. 

Sumbangan  berupa duit raya juga diberikan kepada pelajar UTM B40, anak yatim dan anak-anak tahfiz.

Antara komuniti dan pelajar UTM yang telah disalurkan sumbangan adalah seperti perincian berikut:

Pelajar UTM:

  1. Sumbangan duit raya kepada 11 pelajar B40 (asnaf dan anak yatim) 
  2. 100 pax makanan melalui program Charity Iftar UTM – Masjid Sultan Ismail, UTM

Komuniti:

  1. Rumah Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Maryam, Taman Pulai Utama, Skudai
  2. Rumah Perlindungan Baitus Soleha, Taman Pulai Utama, Skudai
  3. Maahad Tahfiz Al Ghazali, Pulai Perdana
  4. Kampung Sepakat Baru, Senai
  5. Pangsapuri Jentayu Kangkar Pulai
  6. Asnaf melalui orang perseorangan

Program telah dimulakan dengan hebahan poster dan UTMSmart bermula pada 20 April 2021 sehingga 8 Mei 2021 bertujuan mendapatkan sumbangan samada berbentuk barangan atau wang tunai.  Sehingga 8 Mei 2021 pihak CCIN telah menerima sumbangan sebanyak  RM6,327.00 melalui aplikasi UTMSmart dengan seramai 209 penyumbang.  Daripada jumlah tersebut telah diagihkan mengikut aktiviti  dengan perbelanjaan sebanyak RM5,593.70. 

Sesi penyerahan sumbangan kepada komuniti dan  penerima manfaat telah dilaksanakan bermula pada  4 – 6 Mei 2021 secara ringkas di lokasi komuniti masing-masing.  Turut sama hadir sewaktu sesi penyerahan sumbangan ialah sebahagian pegawai dan staf CCIN yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga dengan sumbangan kecil yang dilakukan oleh warga UTM melalui CCIN ini membawa 1001 manfaat buat Universiti serta masyarakat setempat. 

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam program Infaq Ramadan – Tautan Kasih CCIN 2021/1442H.

Dengan berkat kerjasama dan kesungguhan semua pasti dengan keizinan-Nya, semua program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga kita semua terus dilimpahi rahmat dunia dan keberkatan akhirat hendaknya.

Kampung Sepakat Baru, Senai

4 Mei 2021, Sumbangan barangan runcit  telah diserahkan kepada Ketua Kampung  Sepakat Jaya, Senai untuk diagihkan kepada 15 keluarga asnaf penduduk kampung tersebut

Maahad Tahfiz Al Ghazali, Pulai Perdana 2

6 Mei 2021, Pemberian  duit raya dan juga sumbangan pembelian  laptop kepada pelajar bagi tujuan kemudahan sesi pembelajaran di Maahad Tahfiz Al Ghazali


Rumah Anak Yatim dan Miskin Raudhatul Maryam, Taman Pulai Utama

6 Mei 2021, Sumbangan barangan runcit, duit raya kepada 16 orang anak yatim  dan wang tunai berjumlah RM200 kepada Rumah anak yatim dan miskin Raudhatul Maryam

Rumah perlindungan-Baitus Soleha

6 Mei 2021, Sumbangan barangan runcit dan wang tunai berjumlah RM200 kepada Pengetua Rumah Perlindungan Baitus Soleha.

Pangsapuri Jentayu Kangkar Pulai

6 Mei 2021, Sumbangan 10 pax  barangan runcit dan duit raya kepada asnaf dan 5 orang anak yatim di Pangsapuri Jentayu, Kangkar Pulai, Johor.

Charity Iftar UTM Prihatin – Masjid Sultan Ismail UTM

9 Mei 2021, Sumbangan 100 pax makanan kepada pelajar UTM melalui program Charity Iftar UTM, Masjid UTM

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index