Perbincangan kerjasama pembangunan modul kelas aliran agama SMK Taman Sri Pulai Perdana bersama ISI-SIR pada 19 Oktober 2022 di Institut Ibnu Sina. Projek ini akan diketuai oleh Centre of Research for Fiqh Science & Technology – Cfirst UTM yang mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan modul dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

