Institut pengajian tinggi digalakkan untuk membantu dan melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Center for Sustainable Nanomaterials (CSNano), UTM telah menyedari keperluan dan meletakkan ia sebagai salah satu daripada komitmennya terhadap masyarakat, untuk membantu pembangunan dan meningkatkan pemahaman awam, terutamanya dalam bidang sains asas dan penggunaan.

STEM yang meliputi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik merupakan subjek-subjek yang sangat penting dalam kurikulum sekolah. Pengetahuan mengenai bidang sains akan membantu pelajar dalam pembangunan pemikiran logik serta pertimbangan kritikal. Dalam usaha untuk mencapai perkembangan sains yang baik di Malaysia, adalah penting untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan sains sejak peringkat awal persekolahan lagi. Justeru, Program Pemindahan Ilmu Berkaitan STEM di Sekolah Rendah akan dirancangkan dengan menganjurkan “Science Camp 2024” untuk pelajar sekolah rendah Darjah 5 dan 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai. CSNano telah mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan sains kepada para pelajar melalui kaedah amali dan demonstrasi.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK(C) Woon Hwa akan dijemput sebagai penganjur bersama bagi menjayakan program ini. Program ini juga akan mendapat tajaan daripada pihak swasta. Dengan usaha ini, program ini turut dapat menyumbang kepada pencapaian CSNano dan Fakulti Sains, UTM dengan penganjuran projek penglibatan komuniti bertaraf 5 bintang dalam penillaian instrumen MyRA II.

Program “Science Camp 2024” ini adalah usaha CSNano untuk memperkenalkan dan memupuk minat kanak-kanak sekolah rendah dalam bidang sains. “Science Camp 2024” akan memberi peluang kepada murid sekolah rendah Darjah 5 dan 6 untuk menerokai dunia sains melalui amali dan eksperimen yang selamat serta menarik di bawah pengawasan fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Sains, UTM. Murid-murid akan berkesempatan untuk menjalankan eksperimen ringkas untuk lebih memahami teori-teori sains yang penting. Oleh itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor, dijemput untuk mengambil bahagian dalam program ini.

 

 

  • Mempromosikan sains di kalangan pelajar sekolah rendah;
  • Memupuk minat serta motivasi di kalangan pelajar sekolah rendah terhadap bidang STEM;
  •  Meningkat kesedaran masyarakat tempatan terhadap kepentingan STEM;
  • Mewujudkan unsur kelestarian dalam projek penglibatan komuniti;
  • Mempromosikan CSNano dan UTM sebagai pusat penyebaran ilmu sains di masyarakat tempatan.

 

ATURCARA PROGRAM

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERKAITAN STEM DI SEKOLAH RENDAH

(SCIENCE CAMP 2024)

 

 Tarikh              :         15 Oktober 2024 (Selasa)

Masa                :           7.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat            :           Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor

Masa Aktiviti
07.30 – 08.00 Pendaftaran Peserta
08.00 – 08.20 Kata-kata Aluan Guru Besar SJKC Woon Hwa dan Wakil UTM
08.20 – 09.30 Penerangan dan Demonstrasi Eksperimen Sains (Bahagian A)
09.30 – 09.50 Minum Pagi
09.50 – 11.30 Demonstrasi Eksperimen Sains (Bahagian B)
11.30 – 12.00 Sesi Soal Jawab
12.00 – 12.20 Sesi Bergambar dan Penutup
12.20pm Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

 

Prof. Madya ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek Penasihat
Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling Pengarah Program
Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng Timbalan Pengarah Program
Dr. Koh Meng Hock Ketua Unit Program
Prof. Madya. Dr. Roswanira Abd Wahab Ketua Unit Penajaan
Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad Setiausaha
Pn. Nurshamimi Atikah Zareman Penolong Setiausaha
Pn. Faradiba Soaib Bendahari
Pn. Norlita Paiman Penolong Bendahari
Dr. Siti Maryam Izan Penolong Bendahari
Pn. Nurul Adhah Binti Saini Ketua Unit Publisiti
En. Shahrul Nizam Mahmod Ketua Unit Teknikal
En. Mohammed Rafiq Aziz Unit Teknikal
En. Mohd Shazaril Mohd Zain Unit Teknikal
Goh Hui Shan AJK Guru
Yong Kai Hern AJK Guru
Pang Sook Fang AJK Guru
Tan Kok Teng AJK Guru
Loo Yong Yue AJK Guru
Hang Shee Yen AJK Guru
Chong Hwee Sian AJK Guru
Lee Ching Shien Ketua AJK Pelajar
Ling Chui Min AJK Pelajar
Alice Sim Hui Li AJK Pelajar
Tan Chee Chuan AJK Pelajar
Chew Jia Le AJK Pelajar
Chew Yi Sheng AJK Pelajar
Eng Jia Jia AJK Pelajar

                  Penganjur Bersama

                 Penaja Program

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index