Pusat Kejuruteraan Forensik dan Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama MAPEI Malaysia Sdn. Bhd. dan disokong oleh Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) serta Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berjaya menganjurkan seminar yang berimpak tinggi iaitu International Forensic Civil Engineering Seminar 2022, iForCES’22 pada 26 dan 27 Julai 2022 di Bangi Resort Hotel, Selangor.

Dengan bertemakan Theory & Practice: Structural Assessment, Repair and Rehabilitation, iForCES’22 menyediakan platform kepada peserta untuk mendapatkan pemahaman teori dan praktikal dalam bidang kejuruteraan awam forensik menerusi perkongsian pengalaman dan kepakaran penceramah jemputan dari dalam dan luar negara. Peserta juga diberikan pendedahan teknologi terkini yang berkaitan dengan tema iForCES’22.

Sebanyak 7 kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah jemputan yang merupakan wakil pihak penguasa, jurutera profesional sektor awam dan swasta serta ahli akademik dari dalam dan luar negara. Selain daripada itu, sesi praktikal turut dijalankan dan telah dikendalikan oleh MAPEI Malaysia Sdn. Bhd. selaku rakan kerjasama iForCES’22.

Penganjuran iForCES yang dijalankan secara tahunan sememangnya dinantikan oleh para pesertanya. Pengerusi iForCES’22, Ir. Dr. Noor Nabilah Sarbini dalam ucapan aluannya, melahirkan rasa bersyukur atas penganjuran seminar ini kerana telah tertangguh selama dua tahun ekoran pandemik CoVid-19.

iForCES’22 telah dihadiri lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada jurutera awam dan ahli teknikal dari sektor awam dan syarikat swasta, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi. Sambutan yang sangat menggalakkan ini telah memberikan motivasi kepada pihak penganjur untuk menganjurkan seminar ini pada masa akan datang.

iForCES’22 telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Ahmad Baharuddin Abd Rahman yang menjalankan fungsi sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan, UTM. Manakala majlis penutup iForCES’22 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Professor Madya Ts. Dr. Izni Syahrizal Ibrahim, Pengarah Pusat Kejuruteraan Forensik, UTM.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index