Seluruh warga Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), UTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Rosli Md. Illiyas, atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sekalung penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail atas sumbang bakti yang dicurahkan serta kepimpinan dan pencapaian cemerlang sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).