The Founders Bakery telah mengambil langkah proaktif dengan menyertai Kursus Kompetensi Halal anjuran UTM CFiRST, penyedia latihan halal yang diiktiraf JAKIM. Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan ilmu, kemahiran dan amalan terbaik dalam pengurusan halal yang semakin penting dalam industri masa kini.

Daripada prinsip halal dan haram, prosedur pensijilan, sistem pengurusan halal, sehinggalah kepada ramuan kritikal, titik kawalan halal dan audit halal. Semuanya dibincangkan secara menyeluruh, praktikal dan berfokus kepada keperluan industri sebenar.

The Founders Bakery telah memulakan langkah.
Kini giliran organisasi anda pula.

Hubungi kami sekarang:
WhatsApp: +6010-334 3263
Email: cfirst@utm.my

 

 THE FOUNDERS BAKERY PILIH UNTUK TINGKATKAN KOMPETENSI HALAL ANDA BILA LAGI? 

Alhamdulillah, pada 7–8 April 2026 telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kompetensi Halal anjuran Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (UTM CFiRST), iaitu penyedia latihan halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM bersama al Hambra Venture Sdn Bhd. Kursus ini telah dilaksanakan bersama pihak The Founders Bakery sebagai langkah memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan halal dalam operasi industri mereka.

Sepanjang 2 hari latihan intensif ini, para peserta daripada The Founders Bakery telah mengikuti sesi pembelajaran yang padat, praktikal dan berimpak tinggi, khusus untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan halal yang sistematik, berintegriti dan selaras dengan keperluan pensijilan semasa.

Antara modul utama yang telah dikupas ialah:
– Principles of Halal and Haram
– Malaysia Halal Certification Procedure Manual (MPPHM) 2020
– Malaysia Halal Management System (MHMS) 2020
– Halal Critical Ingredients
– Halal Control Points (HCP)
– Halal Audit Best Practice

Tahniah dan syabas kepada The Founders Bakery atas komitmen yang tinggi dalam memperkasa kompetensi halal kakitangan mereka demi memastikan standard pengurusan halal sentiasa diperkukuh dan diyakini. Inilah langkah proaktif yang wajar dicontohi oleh lebih banyak pemain industri!

Terima kasih juga kepada barisan penceramah pakar kami:
 – Prof. Madya Dr. Harisun Ya’kob
– Dr. Norhidayu Muhamad Zain

 Jika The Founders Bakery boleh melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kompetensi halal, organisasi anda juga pasti boleh

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day