Delegasi UTM dan rakan strategik tiba di Pu’er University bagi sesi perbincangan kerjasama strategik. Dari kiri, Dr. Norhidayu Muhamad Zain (CFiRST), Prof. Madya Dr. Beni Widarman Yus Kelana (AHIBS), Abdul Wafi Musa (JHDC), Prof. Madya Dr. Aminudin Hehsan (Pengarah CFiRST), Prof. Madya Dr. Haliyana Khalid (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, AHIBS), Dr. Fahrul Irfan Ishak (CFiRST) dan Simon Wong (CMU)

Hasil lawatan ke Pu’er University dan Kunming University berjaya merintis ruang kerjasama dalam pembangunan kurikulum transdisiplin yang menggabungkan elemen halal merentas disiplin kulinari, nutrisi dan pengurusan hospitaliti. Sebagai usaha pengukuhan akademik, pihak AHIBS telah mempromosikan program MSc Food bagi melahirkan graduan di Yunnan yang kompeten dalam inovasi pemprosesan makanan dan pengurusan perniagaan halal.

Cadangan ini diterima baik oleh pihak universiti rakan strategik, yang seterusnya membawa kepada komitmen pembangunan kerangka Pelancongan Mesra Muslim bagi memenuhi keperluan pasaran pelancong Muslim yang kian berkembang di Yunnan, China.

Delegasi UTM bersama kepimpinan Kunming University dalam sesi perbincangan kerjasama strategik ekosistem halal dan pembangunan kurikulum transdisiplin

Selain pengukuhan akademik, misi strategik ini memberikan tumpuan khusus terhadap penilaian kesiapsiagaan industri di Yunnan untuk menembusi pasaran Muslim global melalui piawaian pensijilan halal Malaysia. Penilaian dilakukan oleh pihak CFiRST secara menyeluruh terhadap pemain industri utama seperti Yunnan Pu’er Tea Group Co., Ltd. dan Aini Coffee bagi meninjau potensi pensijilan halal pada produk teh tradisional serta kopi yang memiliki rantaian nilai mampan.

Melalui pembentangan strategik bersama UTM dan JHDC, pihak delegasi berjaya meyakinkan gergasi farmaseutikal seperti Yunnan Baiyao Group Co., Ltd. bahawa standard halal bukan sekadar mekanisme patuh syariah, malah merupakan instrumen jaminan kualiti, kebersihan dan keselamatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kesepaduan peranan CFiRST dan JHDC ini memastikan industri di Yunnan memiliki kesiapsiagaan teknikal dan ekosistem sokongan yang kukuh untuk menembusi pasaran Muslim global.

Wakil UTM dan JHDC menyampaikan pembentangan berkaitan ekosistem halal global kepada pengurusan tertinggi Yunnan Baiyao Group Co., Ltd

Melalui sinergi antara kepakaran akademik UTM dan pihak industri, misi strategik ini menyimpulkan wujudnya potensi besar untuk meletakkan UTM sebagai rakan strategik utama dalam penyediaan latihan kepakaran dan khidmat nasihat halal di China. Kerjasama ini secara langsung membuktikan usaha UTM bagi menyokong Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 dalam menjadikan Johor sebagai hab rujukan halal dunia menerusi sinergi akademik-industri rentas sempadan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day