Munaqasyah Perancangan Strategik Pencapaian CFIRST bagi tahun 2025

Alhamdulillah, CFIRST UTM telah mengorak langkah pada tahun 2025 dengan penglibatan kesemua Felo Penyelidik Tetap dan Bersekutu CFiRST dalam Munaqasyah Perancangan Strategik Pencapaian CFIRST bagi tahun 2025 yang telah berlangsung pada 5 Februari yang lepas, bertempat di Hyatt Place Hotel, Paradigm Mall Johor Bahru.

Fokus utama pertemuan ini untuk melihat pencapaian CFiRST pada tahun 2024 menerusi perancangan tiga kluster bidang tujahan CFiRST, iaitu bidang kekeluargaan, bidang sains & teknologi, serta bidang kefatwaan & isu semasa berdasarkan instrumen Hi-Coe. Pembentangan Hasil Pencapaian CFiRST bagi tahun 2024 telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ezza Shuhada binti Sazali yang merupakan Timbalan Pengarah, Ketua Bahagian Universiti penyelidikan dan Impak, RMC, UTM. 

Pada tahun 2025 ini, CFiRST UTM membuat sedikit perubahan dalam merangka inisiatif dan strategi dari segi mengatur perancangan dengan meletakkan sasaran agar setiap Felo Penyelidik berusaha untuk mengembangkan kepakaran dalam bidang masing-masing, yang disesuaikan berdasarkan kluster tumpuan.

Dalam menyempurnakan pekerjaan yang telah dirancang, renungi Firman Allah SWT dari surah at-Taubah, ayat 105:

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya:

“Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

بارك الله فيكم..

Centre of Research for Fiqh Science & Technology – Cfirst UTM : ” Mencetus Idea Solusi Kontemporari Demi Ummah”

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index