Kursus Profesional SIjil Eksekutif Halal Siri 1 2026
Alhamdulillah,
Telah selesai berlangsungnya Kursus Profesional SIjil Eksekutif Halal Siri 1 2026 yang dianjurkan oleh UTM CFiRST baru-baru ini.
Sepanjang 8 hari sesi latihan intensif ini, para peserta telah didedahkan secara mendalam merangkumi intipati Malaysia Halal Management System (MHMS) 2020 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020, selain menguasai Standard Halal Malaysia (MS 1500:2019) serta Sistem Pengurusan Halal (HAS) yang menjadi tunjang utama industri. Bukan itu sahaja, pendedahan menyeluruh turut diberikan mengenai tata kerja Jawatankuasa Halal Dalaman dan teknik pelaksanaan Audit Halal Dalaman yang berkesan, yang mana kesemuanya diintegrasikan dengan pemantapan etika serta peranan kritikal seorang Eksekutif Halal dalam memacu integriti dan kecemerlangan industri halal di peringkat global.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang luar biasa sepanjang sesi latihan dijalankan. Semoga ilmu yang ditimba menjadi pemangkin kerjaya dan memberi nilai tambah kepada industri Halal negara!
Berminat untuk menjadi sesi seterusnya?
Hubungi kami segera:
PERTANYAAN / INQUIRIES:
WhatsApp : +6010-334 3263 (Klik: https://wa.me/60103343263)
Email : cfirst@utm.my