Alhamdulillah.
Pada 4 Mei 2026, CFiRST telah menjalankan Program Kesedaran Halal bertempat di Best Ninety Nine Enterprise. Program in-house ini bertujuan untuk memperkasakan pemahaman halal dalam kalangan warga kerja syarikat.
Seramai 16 orang pekerja telah menyertai sesi ceramah penuh berinformasi oleh Prof. Madya Dr. Aminudin Bin Hehsan, Pengarah CFiRST. Beliau telah mengupas tuntas mengenai kepentingan hukum halal dan haram serta kepentingannya dalam operasi perniagaan masa kini.
Program diteruskan lagi dengan sesi khidmat nasihat pre-audit pensijilan halal yang eksklusif. Sesi bimbingan teknikal ini telah dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar dari CFiRST iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Ya’akob, Dr. Norhidayu Muhamad Zain, Dr Mohammad Naqib Hamdan dan Dr. Muhamad Zulhilmi Zailani
Melalui bimbingan langsung daripada pihak CFiRST ini, kami berharap Best Ninety Nine Enterprise dapat memenuhi piawaian pensijilan halal dengan lebih yakin dan sistematik. Semoga usaha sama ini memberi impak positif yang berterusan kepada syarikat.
Berminat untuk organisasi anda menjadi kumpulan seterusnya?
Hubungi kami segera:
WhatsApp: +6010-334 3263
Email: halal@utm.my