Isnin, 3 Februari 2025 – Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor dan Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak susulan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) sebelum ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi YADIM atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ke CFiRST. Seramai tujuh wakil dari YADIM telah menghadiri pertemuan ini, sementara pihak CFiRST diwakili oleh Pengarah serta beberapa Felo Penyelidik seperti berikut:
1) Dr. Aminudin Hehsan – Pengarah CFiRST
2) Prof. Farahwahida Mohd Yusof – Felo Penyelidik
3) Dr. Zulkiflee Haron – Felo Penyelidik
4) Prof. Madya. Dr. Razauden Mohamed Zulkifli – Felo Penyelidik
5) Prof. Madya. Dr. Mohd Fauzi Abu Hussin – Pengerusi Akademi Tamadun Islam merangkap Felo Penyelidik CFiRST
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah berbincang dan berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan “Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia 2025”, yang bakal menjadi platform utama dalam memperkukuh kefahaman dan kajian mengenai tamadun Islam serta ketamadunan Malaysia.
Diharapkan sinergi antara CFiRST dan YADIM ini akan membawa manfaat yang besar bukan sahaja kepada kedua-dua institusi, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.
*Centre of Research for Fiqh Science & Technology (CFiRST,UTM) – ” Mencetus Idea Solusi Kontemporari Demi Ummah”.