Way Forward -Program Halal UTM (PLH UTM)


14 Ogos 2025 –Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) telah dijemput untuk membuat pembentangan Way Forward Penyedia Latihan Halal (PLH) UTM bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Rosli Md. Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama barisan wakil CFiRST iaitu Prof. Madya Dr. Aminudin Hehsan, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Abu@Husin, Dr. Mohammad Naqib Hamdan dan Dr. Muhamad Zulhilmi Zailani. Pembentangan ini bertujuan mengemaskini status terkini pelaksanaan serta hala tuju program dan aktiviti PLH UTM termasuk inisiatif Halal Teaching Factory.
Majlis turut diserikan dengan penyerahan rasmi sijil pengiktirafan semula UTM sebagai Penyedia Latihan Halal berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal, JAKIM, yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Rosli Md. Illias kepada Pengarah CFiRST, Prof. Madya Dr. Aminudin Hehsan. Turut hadir, Prof. Ir. Ts. Dr. Roshaneda A. Rahman (Pengerusi, Health & Wellness Research Alliances), Prof. Madya Dr. Sabrinah Adam (Timbalan Pengarah, CCIN), En. Muhammad Shahrin Hasim (Pegawai Kewangan, JTNCPI), Dr. Afifah Taat (Pegawai Penyelidik, JTNCPI) dan Pn. Nur Sakinah Ahmad (Pegawai Penyelidik, HWRA).