Kursus Pengendalian Makanan & Kesedaran Halal
Kursus Pengendalian Makanan & Kesedaran Halal
Anjuran UTM–CFiRST (PLH Berdaftar JAKIM) dengan kerjasama El Azna Service Management (Sekolah Pengendali Latihan Makanan diiktiraf KKM)
Bulan Ramadan semakin menghampiri, dan para peniaga Bazar Ramadan perlu memastikan pematuhan kepada syarat wajib Sijil Kursus Pengendalian Makanan serta suntikan typhoid bagi pengendali makanan.
UTM–CFiRST menjemput anda menyertai kursus ini bagi melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan makanan, kebersihan, dan pematuhan Halal.
Sasaran:
Pengendali makanan, peniaga F&B, bakal peniaga Bazar Ramadan, staf dapur, pelajar serta individu yang memerlukan sijil pengendalian makanan yang diiktiraf KKM.
Tarikh: 22 Disember 2025
Tempat: Dewan Banquet Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru
Yuran Kursus: RM110
Suntikan Typhoid:
Disediakan di Pusat Kesihatan UTM dengan harga RM80.00 (bayaran berasingan).
Tempat adalah terhad!