Program Lawatan Kerja Rasmi delegasi dari negara Nigeria ke UTM

Program Lawatan Kerja Rasmi delegasi dari negara Nigeria ke UTM telah berlangsung selama 3 hari (23-25 Ogos 2022). Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Duta Nigeria ke Malaysia, HE Dr. Hajara Ibrahim Salim, Menteri Pengangkutan, Honorable Prince Adegoroye Ademola Adewole, Pengerusi Nigerian Institute of Transport Technology (NITT) Governing Council, Honorable Njeze Eric Ejike dan wakil dari Kedutaan Nigeria di Malaysia bersama pegawai-pegawai tertinggi NITT seramai 9 orang. Dalam lawatan rasmi ini, satu majlis menandatangani MoU di antara NITT dan UTM telah dilaksanakan.

Selain itu delegasi juga telah mengadakan lawatan ke beberapa pusat dan makmal penyelidikan yang berkaitan khusus dalam bidang pengangkutan dan logistik iaitu Wind Turbine Lab, Proton Future Lab, Aerolab, Renewable Energy Centre, Security Monitoring Centre, Automotive Development Centre (ADC), Artificial Intelligence And Robotics (CAIRO) Dan Centre For Engineering Education (CEE). Pihak Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Research Institute of Sustainable Environment (RISE), Pejabat Keselamatan UTM dan Pejabat Harta Bina UTM  dan semua yang terlibat bersama-sama menjayakan program ini.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.