Bersiaran pada 16hb Oktober, 2019 di slot Sinar Pagi Selamat Pagi Malaysia atas tajuk Pembangunan Industri Di Malaysia.

Saya ringkaskan intipati topik yang dibincangkan. Ia adalah hasil sebahagian dapatan penyelidikan saya “Agglomeration Economic of Industrial and Commercial Property, Data Information and Decision Making Criteria by using Integrated Asset and Facilities Management Model’

Kajian ini menghuraikan keperluan integrasi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta setiap agensi yang terlibat dalam Pembangunan Harta Tanah Perindustrian dalam memberikan maklumat yang berkesan untuk menarik pelabur membuat keputusan pelaburan yang tepat di Malaysia. Ia menemukan bagaimana sektor lain perlu berpaksi kepada sektor perindustrian dalam meningkatkan pertumbuhan dan tambah nilai. Sebagai contoh, kemahiran graduan TVET perlu diselaraskan dengan permintaan kemahiran dari industri supaya kemahiran graduan dapat dimanfaatkan dan mampu memberi peluang pekerjaan.

Sektor perkhidmatan lain seperti kesihatan, logistik, media malah pertanian juga perlu diindustrikan dengan membangunkan kawasan perindustrian yang menyokong perkembangan sektor-sektor strategik di bawah Iskandar Malaysia. Garis panduan pembangunan Perindustrian sediada perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan serta diampuh dengan strategi pengurusan pelaburan yang lebih strategik di setiap peringkat pembangunan.

Kajian ini juga memperhalusi bagaimana pelabur sangat mementingkan infrastruktur, aset dan fasilitis di kawasan peridustrian yang mendorong mereka untuk membuat keputusan pelaburan. Satu model Pengurusan Pembangunan Hartanah Industri dengan pendekatan Pengurusan fasiliti akan dibangunkan bagi merangsang keputussan pelaburan di Johor. Model ini memberikan ruang agar Malaysia khususnya Johor lebih berdaya saing dengan negara serantau lain seperti Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.