
Pada 1 Julai 2026, INSTeG telah mengadakan Bengkel Strategik INSTeG 2026 dan Mesyuarat INSTeG Bil. 2/2026 di Bilik Mesyuarat INSTeG, Blok B12.
Program ini menghimpunkan felo INSTeG bagi membincangkan hala tuju strategik, memperkukuh perancangan organisasi serta menyelaras pelaksanaan aktiviti dan inisiatif ke arah kecemerlangan pusat penyelidikan. Bengkel dan mesyuarat ini turut menjadi platform untuk mempererat kerjasama dalam kalangan ahli serta memperkasakan pencapaian INSTeG pada masa hadapan.