Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Srithar Rajoo di atas pelantikan sebagai Pengarah Institut Sistem dan Kejuruteraan Kenderaan (IVeSE) yang baharu berkuatkuasa 1 Februari 2024. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadikan IVeSE sebuah institut penyelidikan yang lebih cemerlang di UTM ini.
Jutaan terima kasih pula diucapkan kepada YBrs. Prof Madya Dr Mohd Farid Muhamad Said di atas jasa bakti yang telah disumbangkan sebagai Pengarah Institut Sistem dan Kejuruteraan Kenderaan (IVeSE) bermula 15 Februari 2020 sehingga 31 Januari 2024. Semoga YBrs. Dr akan terus maju dan berjaya sebagai Pengerusi Penyelidikan Bersekutu Kejuruteraan Inovatif UTM.