Satu Memorandum Perjanjian Perjanjian (MoA) telah termeterai pada 14 Februari 2024, antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam; bersempena dengan Program Hari Inovasi UNISSA yang berlangsung selama 2 hari.
MoA ini adalah hasil usaha strategik UTM melalui UTM – Institute for Vehicle Systems and Engineering Ivese bagi geran padanan kerjasama projek penyelidikan yang bertajuk “Development of Local Manufactured Remotely Operated Vehicle (ROV) to Assess Water Quality and Islamic Purity in Aquaculture” dengan Fakulti Teknologi Islam (FIT) UNISSA Brunei.
Selain daripada itu, para penyelidik daripada UTM ini juga mengadakan program perkongsian ilmu dengan pihak UNISSA yang berkaitan dengan Drone, Unmanned Surface Vehicle, E-Braille Quran serta Artificial Intelligence.