
Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran staf baharu, Puan Nur Zulaikha Abu Talib, yang telah memulakan tugas di IVAT baru-baru ini.
Kehadiran beliau diharapkan dapat memperkukuh lagi operasi serta menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan institut, khususnya dalam menyokong aktiviti penyelidikan, pengujian, kalibrasi dan pentadbiran yang dijalankan oleh IVAT.
Warga IVAT mengucapkan selamat datang kepada Puan Nur Zulaikha Abu Talib dan berharap beliau dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran kerja yang kondusif serta terus menyumbang kepada kemajuan institut pada masa hadapan