
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Rosli Bin Md Illias atas segala jasa, bakti, komitmen dan kepimpinan cemerlang sepanjang menerajui portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM bagi tempoh 2021–2026.
Segala sumbangan dan usaha yang telah dicurahkan dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pembangunan universiti amat dihargai serta akan sentiasa dikenang.
Warga Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT), Universiti Teknologi Malaysia mendoakan agar Prof. terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti.