
JOHOR BAHRU, 23 Jun 2026 – Institute of High Voltage and High Current (IVAT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan Kursus MS ISO/IEC 17025: Measurement Uncertainty for Calibration and Testing Laboratory pada 22 hingga 23 Jun 2026 bertempat di Bilik Seminar IVAT, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Penganjuran kursus selama dua hari ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kompetensi peserta dalam memahami konsep serta kaedah penilaian ketidakpastian pengukuran (measurement uncertainty), yang merupakan salah satu keperluan utama dalam standard MS ISO/IEC 17025 bagi makmal kalibrasi dan pengujian.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada penerangan teori yang komprehensif serta latihan praktikal berkaitan proses mengenal pasti sumber ketidakpastian, kaedah pengiraan, analisis data dan pelaporan keputusan mengikut keperluan standard. Pendekatan pembelajaran yang interaktif ini membolehkan peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dalam memastikan keputusan kalibrasi dan pengujian yang tepat, boleh dipercayai serta memenuhi kehendak akreditasi.
Kursus ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan amalan terbaik dalam sistem pengurusan makmal, sekali gus membantu organisasi meningkatkan tahap kompetensi teknikal, keyakinan pelanggan terhadap keputusan makmal serta pematuhan kepada keperluan akreditasi MS ISO/IEC 17025.
Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang voltan tinggi, arus tinggi, kalibrasi dan pengujian, IVAT terus komited menyediakan program latihan profesional yang berkualiti bagi menyokong pembangunan modal insan serta memperkukuh keupayaan makmal di sektor industri, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan.
IVAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas penyertaan, komitmen dan penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam meningkatkan kualiti operasi makmal serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi masing-masing.
IVAT berharap agar lebih ramai profesional dan pengamal industri akan menyertai program-program latihan yang akan datang sebagai usaha memperkukuh budaya pembelajaran berterusan dan kecemerlangan dalam bidang kalibrasi serta pengujian.


Peserta bergambar bersama tenaga pengajar selepas tamat serta pemberian cenderahati kepada penceramah oleh pengarah IVAT, Ts. Dr. Zulkarnain Ahmad Noorden bagi Kursus MS ISO/IEC 17025: Measurement Uncertainty for Calibration and Testing Laboratory yang telah berlangsung pada 22–23 Jun 2026 di Bilik Seminar IVAT, UTM Johor Bahru. Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai penilaian dan penganggaran ketidakpastian pengukuran bagi memenuhi keperluan standard MS ISO/IEC 17025.
Pertanyaan berkenaan latihan, kursus anjuran IVAT serta permohonan kursus boleh hubungi :
ivat@utm.my
+607-5333343 (Norhidayu / Nor Elliyana)
#IVAT #UTM #LeadingInnovation #MSISOIEC17025 #MeasurementUncertainty #CalibrationLaboratory #TestingLaboratory #LaboratoryQuality #ProfessionalTraining #CompetencyDevelopment #HighVoltage #HighCurrent #Calibration #Testing #LifelongLearning