+607-561 0237
Tentang MaGICX
Pengenalan, Visi & Misi





Pengenalan
Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) ialah pusat penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang ditubuhkan pada tahun 2013, dengan aspirasi untuk mewujudkan persekitaran yang menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan, perkongsian ilmu, promosi industri, dan kolaborasi dalam teknologi teras dan teknologi bersepadu. Teknologi teras MaGICX memberi tumpuan kepada teknologi imersif termasuk realiti maya dan terimbuh, pemodelan 3D, visualisasi, interaksi manusia-komputer, gamifikasi, dan simulasi. Manakala teknologi bersepadu pula merangkumi web mudah alih, kecerdasan buatan, keselamatan siber, Internet Benda, dan analitik data.
Visi
Menjadi tunjang industri Permainan dan Gamifikasi serta nukleus bagi Lembah Inovasi Iskandar Malaysia.
Misi
Menyediakan sokongan dan kepakaran teknikal yang diperlukan dalam penyelidikan, pembangunan perniagaan, penerbitan, pemasaran dan latihan kepada pemain industri bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang berdaya maju secara komersial
Teknologi Imersif
Teknologi teras kami

Realiti Terimbuh
Realiti terimbuh (AR) ialah versi dunia fizikal sebenar yang dipertingkatkan menggunakan elemen visual digital, bunyi atau rangsangan deria lain yang disampaikan melalui teknologi
Pemodelan 3D
Interaksi
Visualisasi
Gamifikasi
Simulasi
Realiti Maya
Realiti Maya (VR) ialah persekitaran janaan komputer dengan pemandangan dan objek yang kelihatan nyata, menjadikan pengguna berasa seolah-olah berada di dalam persekitaran tersebut.

Teknologi Bersepadu
Aplikasi Web/Mudah Alih
Menganalisis, mereka bentuk dan membangunkan aplikasi imersif. Pengurusan pengguna, kandungan dan integrasi sistem
Kecerdasan Buatan
Menambah ciri pintar pada aplikasi imersif. Melatih data dan membuat keputusan yang lebih bijak.
Keselamatan Siber
Penghantaran data dan persekitaran yang selamat untuk aplikasi imersif
Internet Benda
Integrasi aplikasi imersif dengan penderia dan penggerak untuk meningkatkan tindak balas sentuhan haptik
Analitik Data
Mengumpul data imersif, menganalisis dan memperoleh pandangan yang bermaklumat.
Manusia
Mewujudkan persekitaran yang merangsang di mana semua pihak (pasukan dalaman, rakan kongsi, perniagaan, penyelidik) terinspirasi untuk menjadi yang terbaik.
Rakan Kongsi
Memupuk rangkaian penyelidik, perniagaan, pelabur, pakar, pelajar dan pengguna yang cemerlang untuk terus memberikan hasil
R&D
Berada di barisan hadapan perkembangan teknologi, sosial dan perniagaan yang memberi kesan kepada industri permainan & gamifikasi.
Bakat
Menyumbang kepada usaha pembangunan modal insan yang merupakan asas utama pertumbuhan.
Portfolio
Membina portfolio produk yang berdaya maju secara komersial dan mampu meningkatkan jenama kami dalam industri permainan dan gamifikasi.
Promosi
Memulakan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang mempromosikan keupayaan kami dalam penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan permainan.
