Kuala Lumpur, 15 April 2016: Institut Jantung Negara (IJN) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi kerjasama penyelidikan kejuruteraan kardiovaskular. Perjanjian ditandatangani oleh Dato’ Dr. Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN dan Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail , Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UTM.

Kerjasama penyelidikan IJN-UTM telah dimulakan sejak Januari 2013. Untuk projek permulaan, UTM telah memperuntukkan dana sebanyak RM 2.4 juta . Dana tersebut digunakan untuk menjalankan 22 projek antaranya adalah geran 33 pelajar Sarjana dan 44 pelajar PhD serta 59 kertas kerja akademik dalam jurnal berindeks. Satu paten telah diperakukan manakala sembilan paten sudah difailkan untuk pendaftaran dan terdapat sebanyak 22 prototaip.

Kerjasama ini telah berjaya menubuhkan Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 11 Oktober 2013 di IJN Kuala Lumpur. Dalam tempoh sepuluh tahun, pusat ini dijangka dapat menghasilkan 100 paten, menerbitkan 500 kertas kerja dalam jurnal berindeks dan menjana RM300 juta pendapatan daripada perkhidmatan klinikal , teknikal serta pengkomersilan produk.

Penyelidikan IJN-UTM dijalankan untuk menyelesaikan masalah kardiovaskular di Malaysia. Pada tahun 2014, terdapat lebih daripada 2 juta orang di Malaysia mempunyai risiko tinggi penyakit kardiovaskular (CVD) dengan kadar kematian yang tinggi. Malangnya rawatan CVD adalah sangat mahal.

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut, tumpuan adalah diberi untuk membangunkan peranti perubatan dan sistem yang dapat meningkatkan akses perubatan dan mengurangkan kos pengurusan CVD. Satu sistem ramalan risiko jantung dalam talian telah dibangunkan dan tidak lama lagi boleh digunakan oleh orang ramai.

Selepas 3 tahun penubuhannya, Pusat Kardiovaskular IJN-UTM telah menunjukkan beberapa pencapaian cemerlang . Pada tahun 2014 pusat ini merupakan satu daripada tiga Pusat Kecemerlangan Penyelidikan teratas di UTM. Pada tahun 2015 pula, untuk Penilaian Pencapaian Audit MyRA II, pusat ini berjaya mencapai markah 200%, satu kejayaan besar hasil daripada penerbitan 100 kertas jurnal, 700 citations, RM4 juta geran penyelidikan dan pendaftaran 20 paten / hak cipta.

Sumber: Hal Ehwal Korporat, UTM Kuala Lumpur

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index