MEMBINA KOMUNITI INKLUSIF: BANDARAYA ISKANDAR PUTERI PIMPIN USAHA PROGRAM KESEDARAN AUTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT

MEMBINA KOMUNITI INKLUSIF: BANDARAYA ISKANDAR PUTERI PIMPIN USAHA PROGRAM KESEDARAN AUTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT

by | Aug 19, 2024 | UTM NewsHub

Iskandar Puteri, 17 Ogos 2024 – Satu program bertajuk “Program Iskandar Puteri Penyayang: Pembangunan Komuniti Autism Spectrum Disorder (ASD)” telah berjaya dilaksanakan di Mydin, Mutiara Rini. Program ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mydin Mall Mutiara Rini, MindCare Centre dan Kolej Kemahiran Johor.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai Autism Spectrum Disorder (ASD) melalui ceramah dan aktiviti yang disusun rapi sepanjang hari. Tiga sesi Pocket Talk telah diadakan, melibatkan topik pengesanan awal autisme, terapi pertuturan, serta peluang kerjaya melalui Sijil Kemahiran Malaysia bagi murid berkeperluan khas (MBPK) dan TVET.

APC
Bersama Sukarelawan Program yang terdiri daripada Mahasiswa UTM dan Kolej Kemahiran Johor

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Yang Mulia Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Setiausaha Yayasan Penyayang Iskandar Puteri merangkap Wakil Rasmi Datuk Bandaraya Iskandar Puteri, Yang Berbahagia Dato’ Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Rosli bin Mohd Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM. Turut hadir majlis ini adalah Yang Berbahagia Prof. Dr. Johari bin Surif, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Arief Salleh Rosman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

 

APC
Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed

APC

Ucapan Aluan oleh  Yang Berbahagia Prof. Dr. Rosli bin Mohd Illias Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM.

APC

Ucapan Aluan oleh Pengarah Program Dr. Zakiah Mohd Ashaari

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed beliau turut memuji usaha UTM untuk bekerjasama dengan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dalam penganjuran program ini yang selaras dengan matlamat pembangunan lestari (SDG), terutamanya dalam bidang pendidikan berkualiti dan kesihatan yang baik. Program ini memainkan peranan yang amat penting dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan berpengetahuan. Memandangkan ASD adalah isu yang semakin mendapat perhatian global, program ini menyediakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian cara seseorang individu berkembang dan berfungsi dalam masyarakat. Ia membantu mengurangkan stigma dan salah faham yang sering dikaitkan dengan ASD, sekaligus memupuk persekitaran yang lebih memahami dan menyokong.

Melalui program ini, masyarakat di lokaliti  Bandaraya Iskandar Puteri diharapkan akan lebih bersedia dalam mengenal pasti dan membantu kanak-kanak yang menghidap autisme, sekaligus memupuk budaya inklusif dalam komuniti. Dengan kesedaran yang semakin meningkat, ia dijangka akan membawa perubahan positif yang berterusan dalam kehidupan harian dan pembangunan komuniti di masa hadapan. Pihak penganjur berharap program seperti ini akan dijadikan acara tahunan dan diperluaskan ke lebih banyak komuniti, dengan harapan untuk terus memperkukuh sokongan kepada individu dengan ASD dan keluarga mereka.

 

APC
Sesi lawatan ke Ruang pameran

 

APC
Sesi Lawatan ke Ruang  Pameran

 

APC
Sesi Lawatan ke Ruang Pameran

 

Program ini juga diharapkan dapat dijadikan rujukan untuk program kesedaran komuniti di kawasan lain, bukan hanya di Iskandar Puteri, tetapi di seluruh negara. Dengan adanya sokongan berterusan dari semua pihak, diharapkan setiap individu dengan ASD akan mendapat peluang yang setimpal untuk mengembangkan potensi mereka dalam persekitaran yang peduli dan inklusif.Usaha sebegini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan individu tetapi juga memperkukuh semangat kekitaan dalam komuniti, menjadikan Iskandar Puteri sebuah bandaraya contoh dalam mewujudkan masyarakat yang inklusif dan prihatin. Harapan tinggi diletakkan agar inisiatif seperti ini akan diteruskan dan diperluas agar tiada seorang pun yang ketinggalan dalam arus pembangunan.

APC
Pertandingan Mewarna

 

APC
Seramai 80 Orang Peserta Pertandingan Mewarna

 

APC
Pertandingan Gross Motor Challenge

 

APC
Pertandingan Gross Motor Challenge
APC
Sesi Konsultasi semasa program berlangsung

Source: UTM NewsHub

Explore More

English Green Day

JOHOR BAHRU, Nov 7 – In an effort to promote fresh and engaging English lessons, final-year TESL students recently organized a program called English Green Day in collaboration with Form 2 students and teachers at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail in...

UTM and KMUTT Collaborate for the FSci-UTM Educational Trip to Bangkok 2024

In conjunction with the FSci-UTM Collaborative Learning Program hosted by King Mongkut’s University of Technology Thonburi (KMUTT), a delegation of Electrical Engineering students from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) organized the Bangkok Educational Trip 2024...

UTM-MARDI MoU Exchange During World Soil Day Celebration

PAGOH, Dec 5 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) reached a significant milestone in their partnership with the exchange of a Memorandum of Understanding (MoU) during the World Soil Day celebration...

Step into the Future with Ericsson’s 5G Technology at IC5G UTM Open Day

Wireless Communication Centre (WCC) and Universiti Teknologi Malaysia School of Professional and Continuing Education (UTM SPACE) successfully organized UTM-ERICCSON Innovation Centre for 5G (IC5G) Open Day. The event highlighted a 5G (fifth-generation mobile network)...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index