Johor Bahru 12 November 2024- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) bersama pejabat TNCPI UTM, NexusCare, mengambil
tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Robotics for All (RFA) bertujuan untuk
melaksanakan projek perkongsian ilmu pengetahuan robotik dan AI secara berkualiti
dan berterusan, membangunkan bahan pengajaran robotik untuk perkongsian ilmu di
sekolah-sekolah sekitar UTM Johor Bahru dan meningkatkan minat pelajar-pelajar
terhadap sains dan teknologi melalui bidang robotik. Usaha ini dijalankan dengan
sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bagi meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi yang semakin
berkembang.
Sesi taklimat mengenai program ini telah diadakan pada 12 November 2024, bertempat
di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM. Taklimat ini melibatkan penyertaan 12
buah sekolah menengah dari empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor iaitu
PPD Johor Bahru, PPD Kulai, PPD Pasir Gudang dan PPD Pontian. Turut hadir adalah
wakil dari JPNJ diketuai oleh Encik Basri Efendi Bin Masri, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid JPNJ , wakil dari setiap PPD, serta pengetua dan wakil
guru pengiring dari setiap sekolah.
Program ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperlengkapkan generasi muda
dengan kemahiran teknologi terkini, sekali gus mempersiapkan mereka menghadapi
cabaran dalam bidang robotik dan AI pada masa depan.