UTM Anjur Mesyuarat Pertama MAIC: Perkukuh Kerangka Strategik AI Negara

UTM Anjur Mesyuarat Pertama MAIC: Perkukuh Kerangka Strategik AI Negara

Dec 21, 2024 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2024 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Protem Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) pertama yang menghimpunkan lebih 30 orang ahli MAIC daripada pelbagai institusi, agensi, dan industri seluruh negara. Mesyuarat ini bertujuan merancang kerangka kerjasama strategik ke arah pembangunan teknologi dan bakat AI di Malaysia.

Dalam ucapan aluan Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UTM, beliau menekankan pandangan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bahawa struktur MAIC akan diperkemaskan untuk memenuhi harapan serta aspirasi Malaysia Artificial Intelligence Nexus (MY NEXUS).

UTM
Prof. Shafry ketika menyampaikan taklimat dan aluan kepada ahli MAIC

“Struktur MAIC akan mengemukakan pendekatan yang lebih sistematik dalam membangunkan standard kurikulum, penubuhan fakulti AI, dan panduan khusus agar program akademik dan profesional untuk pembangunan bakat AI dapat dilaksanakan dengan berkesan,” ujar beliau.

Mesyuarat ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan akademik dan standard kurikulum AI yang memenuhi keperluan industri serta menjadi platform pembangunan bakat tempatan. Dalam aspek pembangunan bakat, MAIC perlu menekankan pendedahan AI sehingga ke peringkat akar umbi dengan menawarkan kursus profesional AI kepada komuniti, agensi kerajaan, industri serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Dengan adanya peruntukan latihan daripada pelbagai agensi kerajaan, MAIC berhasrat membangunkan modul latihan yang komprehensif. Selain itu, kolaborasi bersama agensi seperti Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) turut dibincangkan bagi membantu pelajar dan usahawan berkaitan teknologi AI tempatan memasarkan produk inovatif mereka ke pasaran serta membuka peluang dalam ekosistem start-up.

Agensi kerajaan pula digalakkan mengoptimumkan teknologi AI dan big data bagi tujuan pengurusan data, analisis serta promosi perkhidmatan. Dalam masa yang sama, MAIC akan membantu kerajaan menyediakan polisi, tadbir urus (governance), dan etika penggunaan AI yang penting dalam memastikan penggunaan teknologi ini kekal terkawal dan bermanfaat.

“Malaysia perlu melihat potensi AI bukan sahaja dari segi teknologi tetapi juga dalam penyediaan polisi dan undang-undang berkaitan AI bagi memastikan penggunaan teknologi ini terkawal dan memberi manfaat kepada negara,” jelas Prof. Dr. Mohd Shafry.

UTM
Bersama Ahli MAIC yang hadir

Usaha-usaha yang digariskan ini selaras dengan komitmen Malaysia dalam membangunkan ekosistem teknologi AI yang mampan dan berdaya saing. Melalui kerjasama erat antara akademia, industri, komuniti, dan kerajaan, MAIC dijangka akan memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan teknologi AI dapat dioptimumkan demi kemajuan negara serta pembangunan bakat tempatan yang kompeten, sejajar dengan perubahan pesat dunia dan teknologi digital.

– Pejabat Naib Canselor, 20 Disember 2024

Source: UTM NewsHub

Explore More

Mobility Inbound: UNKRIS to FAI UTM

From September 5 to 7, 2024, the Faculty of Artificial Intelligence (FAI) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) received a delegation from Universitas Krisnadwipayana (UNKRIS), Jakarta. This inbound mobility program was designed to enhance academic collaboration...

UTM and UNHAS strengthens its research and academic collaboration

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universitas Hasanuddin (UNHAS) in Makassar, Indonesia, continue to engage in various joint activities as a means of further strengthening the collaboration between the two institutions, particularly in the research field....

5th International Conference on Civil and Environmental Engineering (ICCEE) UNHAS-UTM

KUALA LUMPUR—On August 22, 2024, the 5th International Conference on Civil and Environmental Engineering (ICCEE) took place at the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Campus in Kuala Lumpur, Malaysia. The conference focused on developing cutting-edge technologies to...

Meet and Greet with International Students (MAGNET 2024)

PUTRAJAYA, Nov 27 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has won the Best Country Booth Award at a recently concluded international event held at Putrajaya Botanical Garden. The booth, representing Egypt, was recognized for its creative and engaging presentation among...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index