25 Peserta UTM Gagah Kayuh Sejauh 405KM Sempena Sambutan UTM 50 Tahun

25 Peserta UTM Gagah Kayuh Sejauh 405KM Sempena Sambutan UTM 50 Tahun

Jun 19, 2022 | UTM NewsHub

Bersempena dengan sambutan UTM 50 Tahun, Unversiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan program yang julung kali dianjurkan iaitu kayuhan jarak jauh yang melibatkan empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, N. Sembilan, Melaka dan Johor bermula dari 8 hingga 12 Jun 2022.

Seramai 25 orang peserta menyertai kembara kayuhan dari UTMKL ke UTMJB sejauh 405 km yang terdiri dari 12 orang staf termasuk seorang pelajar pra-siswazah dari UTMKL dan 13 staf dari UTMJB.

Para peserta yang terlibat adalah dari kalangan staf, pesara, pelajar dan alumni UTM. Kayuhan ke destinasi pertama iaitu Port Dickson dimulakan pada 8 Jun dengan perasmian oleh Yang Berhormat Senator Dewan Negara Dato’ Arman Azha bin Abu Hanifah selaku tetamu kehormat dan dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Najib bin Masroom selaku Pengarah Program dan juga Prof. Madya Ts. Dr Asnul Dahar bin Minghat, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu selaku rakan sinergi dan pegawai-pegawai kanan UTMKL.

Hari kedua kayuhan dimulakan setelah selesai menghadiri program pembersihan pantai anjuran bersama UTM IleaGue dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar selaku rakan sinergi dengan pelepasan peserta kayuhan dari Port Dickson menuju ke Pantai Siring, Melaka oleh Prof. Madya Ts. Dr Asnul Dahar bin Minghat.

Kayuhan pada hari kedua lebih mencabar memandangkan kawasan yang dilalui berbukit dan cuaca yang agak panas sedikit-sebanyak mencabar kekuatan mental dan fizikal para peserta, namun dengan dari Dataran Tanjung Agas sehingga Merlimau sedikit sebanyak menguji kekuatan mental dan fizikal para peserta namun dengan berbekalkan azam yang tinggi, dorongan dari Pro-Naib Canselor selaku Ketua Kayuhan serta laungan “Kerana Tuhan Untuk Manusia”, segala cabaran dapat ditempuhi dengan jayanya dan peserta kayuhan selamat tiba di destinasi yang dituju.

Perjalanan hari ketiga menuju ke Batu Pahat bermula pada pukul 7.30 pagi, angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah memahami kepenatan para peserta. Laluan yang landai beserta pokok yang rendang disepanjang perjalanan menambah lagi rasa nyaman disepanjang perjalanan. Para peserta selamat tiba di tempat penginapan pada pukul 4.30 petang.

Pada hari keempat, perjalanan ke UTMJB dimulakan pada 7.30 pagi detemani hujan renyai di Batu Pahat namun para peserta tidak patah semangat dan meneruskan perjalanan walaupun keadaan jalan yang dilalui agak berbukit dan ditambah jarak perjalanan yang agak jauh. Peserta selamat tiba di UTMJB pada pukul 3.30 petang.

Pada 12 Jun diadakan perasmian penutup Program Kembara Kayuhan UTM 50 Tahun. Program bermula dengan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Tuan Haji Pandak Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Tuan Haji Mohd Najib bin Masroom, Ketua Pentadbiran dan Prof. Ir. Ts. Dr Mohd. Fadhil bin Md Din selaku Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus.

Majlis dimulakan dengan penyerahan gimik kepada Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus dan diteruskan dengan ucapan oleh Pro-Naib Canselor Kuala Lumpur, Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh selaku ketua kayuhan dan Yang Berhormat Tuan Haji Pandak Ahmad selaku perasmi penutup program.

Gimik pemasangan kepingan gambar adalah simbolik kepada penyatuan para peserta tidak kira umur, pangkat dan juga status dimana setiap peserta memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan diharapkan agar ikatan ukhuwah dalam kalangan peserta berterusan sehingga akhir hayat.

Source: UTM NewsHub

Explore More

CACM Visit to ITEBA Kicking Off Potential Research Collaboration Meeting

RM21. That was the only cost you pay when connections and network done properly. In fact, the outflow cost was due to ferry terminal tax. The rest of the 3-day commercial visits to one of the busiest islands of Indonesia, Batam, were paid-for. Centre for Advanced...

UTM Students Participated in 8th Global Outreach Programme 2024 to France

Seven students from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) had an incredible experience in France from September 28th to October 8th. The students, Adam Danial, Ahamad Amirul Afhiq, Ahmed Salihin, Chong Sheng Zhe, Dhifvesh, Harry Becqam, and Toh You Ping from the Faculty...

5th International Workshop on Asian Heritage (IWAH) 2023

Thirteen (13) Landscape Architecture students from the Faculty of Built Environment and Surveying (FBES) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) took part in the 5th International Workshop on Asian Heritage (IWAH) 2023 at Hanoi University of Civil Engineering, Vietnam,...

Forging AI Collaboration: University of Florida and UTM Explore Joint Endeavors

UTM Kuala Lumpur, January 18, 2024 – In a pivotal meeting held on January 17, 2024, Associate Professor Dr. Masoud Gheisari, an esteemed Universiti Teknologi Malaysia (UTM) alumni, returned to the campus to explore collaborative opportunities. His visit focused on...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index