Mahasiswa UTM bersolidariti suarakan sokongan kemanusiaan buat Palestin dan Global Sumud Flotilla

Mahasiswa UTM bersolidariti suarakan sokongan kemanusiaan buat Palestin dan Global Sumud Flotilla

Oct 3, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 3 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi menjadi wadah suara mahasiswa apabila puluhan pelajar berhimpun di Dataran Agora berhampiran Dewan Sultan Iskandar bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin melalui program Himpunan Solidariti Palestin & Global Sumud Flotilla (GSF) yang berlangsung, hari ini.

Himpunan yang dianjurkan itu bertujuan mengangkat suara mahasiswa dalam menentang kezaliman, selain menzahirkan sokongan padu terhadap rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka. Penganjuran himpunan ini turut dipacu oleh perkembangan semasa misi kemanusiaan GSF, iaitu konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza. Misi aman ini kini berdepan risiko besar apabila kapal-kapal bantuan kerap dipintas, malah beberapa aktivis Malaysia dilaporkan telah ditahan baru-baru ini. Situasi itu mengundang keprihatinan masyarakat dunia, sekali gus membangkitkan rasa tanggungjawab mahasiswa UTM untuk menyatakan solidariti secara terbuka.

Program bermula setelah selesai Solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail, disusuli Solat Hajat yang dikhususkan bagi mendoakan keselamatan aktivis serta rakyat Palestin. Seusai itu, para pelajar berkumpul di Dataran Agora untuk bacaan doa Qunut Nazilah serta rakaman video solidariti, yang menjadi simbolik kepada suara bersama mahasiswa UTM menentang penindasan dan mengangkat keadilan sejagat.

Suasana penuh keinsafan menyelubungi dataran apabila laungan takbir dan doa bergema serentak, disertai puluhan tangan yang menadah harapan agar keamanan kembali bertapak di bumi Palestin. Kehadiran mahasiswa daripada pelbagai latar belakang jelas membuktikan nilai kebersamaan yang melangkaui batas politik serta sempadan geografi.

Menurut wakil mahasiswa yang juga penggerak utama program, Muhammad Aqil Fikri Zulkifli, penganjuran himpunan ini adalah manifestasi kepada tanggungjawab moral dan kemanusiaan yang digalas oleh mahasiswa.

“Solidariti ini bukan sekadar simbolik, tetapi bukti bahawa mahasiswa UTM sentiasa cakna dengan isu global. Kami percaya suara mahasiswa, meskipun kecil, mampu menjadi gelombang besar apabila disatukan dengan doa, tindakan dan kesedaran masyarakat. Harapan kami agar rakyat Malaysia terus berdoa, terus cakna, dan terus teguh menyokong Palestin kerana perjuangan ini adalah perjuangan kemanusiaan,” katanya.

Beliau menambah, kehadiran pelajar antarabangsa dalam himpunan ini turut memperlihatkan mesej jelas bahawa isu Palestin bukan hanya isu agama, tetapi perjuangan universal menuntut keadilan.

Muhammad Aqil Fikri Zulkifli berkongsi pandangan mengenai solidariti mahasiswa terhadap Palestin selepas himpunan di Dataran Agora, UTM
Muhammad Aqil Fikri Zulkifli, menyampaikan ucapan solidariti pada Himpunan Solidariti Palestin & Global Sumud Flotilla di Dataran Agora, UTM

Selain menekankan kepentingan solidariti, program ini turut seiring dengan semangat Malaysia Madani yang mendukung nilai ihsan, adab serta tanggungjawab sosial. Ia membuktikan bahawa mahasiswa bukan sekadar menekuni bidang akademik, tetapi juga berperanan sebagai agen perubahan yang berani menyuarakan keprihatinan terhadap isu sejagat.

Dengan slogan “Stand Together”, himpunan ini menjadi pentas mahasiswa menyuarakan sokongan menerusi ruang akademik, sosial dan kemasyarakatan. UTM sekali lagi membuktikan bahawa institusi ilmu bukan hanya medan menuntut pengetahuan, tetapi turut mendidik jiwa mahasiswa agar menjadi insan berjiwa besar, yang sentiasa peka terhadap penderitaan dan keadilan global.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Pelajar Johor rangkul tiga anugerah antarabangsa di Korea dengan filamen dari sisa nanas

JOHOR BAHRU, 8 Dis – Bermula dengan sebuah projek bekas makanan daripada sisa nanas, sekumpulan pelajar dari SMK Tan Sri Mohamad Rahmat kini mencipta sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa melalui inovasi filamen pencetak...

Lima atlet UTM galas tanggungjawab negara wakili Sukan SEA Thailand 2025

BANGKOK, 8 Dis – Sukan SEA 2025 edisi ke-33 yang merupakan temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara bakal berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Thailand, negara yang sinonim dengan jolokan Gajah Putih. Sebanyak 11 negara ASEAN mengambil bahagian iaitu...

UTM 2u2i: Celebrating Industry Partners, 100% GE, and Rising Premium Salaries

KUALA LUMPUR, Dec 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through its Faculty of Computing, successfully organized the 2u2i Appreciation Night to honor the strong partnerships that have shaped the success of the UTM 2u2i programme, Bachelor of Computer Science (Data...

UTM secures its 5th consecutive win at the NI Autonomous Robotics Competition 2025

NIBONG TEBAL, Dec 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) achieved another milestone by securing its fifth consecutive championship at the NI Autonomous Robotics Competition (NI ARC) 2025, held on 6 December 2025 at Dewan Utama, USM Engineering Campus, Nibong Tebal,...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day