UTM TechnoXplorer 2025 tutup tirai dengan lonjakan bakat muda STEM

UTM TechnoXplorer 2025 tutup tirai dengan lonjakan bakat muda STEM

Oct 28, 2025 | UTM NewsHub

LUMUT, 28 Okt – Program UTM TechnoXplorer 2025 diteruskan lagi di negeri Perak dengan matlamat memperkukuh jaringan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Program selama tiga hari itu berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM, Lumut, dan berakhir pada 26 Oktober lalu.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mohd. Rafiq Hj. Mohd, mewakili Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir ialah Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim; Laksamana Pertama Hj. Jamaludin Hj. Sairi, Komander Pangkalan Lumut Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Hj. Musa Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah, serta wakil pengurusan universiti dan Pengetua SMK Pangkalan TLDM.

Seramai 120 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 menyertai program ini, termasuk 20 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Inisiatif ini seiring dengan matlamat memperkasa generasi muda dalam mendepani cabaran era Industri 5.0, yang menuntut keseimbangan antara integrasi teknologi dan nilai kemanusiaan.

Sebagai penganjur utama, Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dan Seksyen Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar (SRAD) berperanan memperkenalkan pelajar kepada dunia sebenar aplikasi teknikal serta mengasah minat terhadap bidang kerjaya masa depan berteraskan inovasi kejuruteraan. Antara pengisian menarik termasuk teknologi dron, asas kecerdasan buatan (AI) menerusi pembangunan laman web, serta aktiviti pembuatan pelembap semula jadi.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, program UTM TechnoXplorer mencerminkan komitmen berterusan UTM dalam memperkasa masyarakat melalui bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan yang telah menjadi teras universiti sejak penubuhannya pada tahun 1972.

Beliau menjelaskan bahawa berlandaskan lebih lima dekad legasi kecemerlangan, UTM terus melonjak sebagai institusi unggul yang memacu inovasi penyelesaian lestari bagi menangani cabaran masyarakat, negara dan dunia melalui pendekatan berasaskan teknologi. Menyaksikan keterujaan pelajar sekolah mengendalikan aktiviti robotik dan inovasi kejuruteraan, beliau menyifatkan mereka sebagai benih masa depan bangsa yang perlu terus disemai dengan ilmu, nilai dan semangat ingin tahu.

Program ini jelas membuktikan UTM sebagai peneraju dalam mendekati komuniti, memperkasa bakat muda dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara berasaskan pengetahuan. Ia juga mencerminkan usaha berterusan universiti ini dalam menyokong agenda nasional ke arah sebuah Malaysia Madani yang progresif dan berdaya tahan.

Prof. Shafry ketika berucap sewaktu Majlis Perasmian Penutup UTM TechnoXplorer 2025

Sementara itu, YB Tuan Hj. Mohd. Rafiq dalam ucapannya menekankan bahawa KPT sentiasa beriltizam melahirkan generasi muda yang futuristik, berdaya saing dan berdaya tahan melalui pengukuhan penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau turut menekankan kepentingan penerapan AI, robotik dan tenaga mampan, di samping pembinaan jalinan pintar antara universiti, sekolah dan komuniti bagi memastikan transformasi pendidikan negara kekal progresif dan berimpak tinggi, seiring aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kritikal, inovatif dan kompetitif di peringkat global.

Ujarnya, “UTM bukan sekadar institusi pengajian tinggi, malah menjadi jambatan yang menghubungkan dunia akademik dengan sekolah dan masyarakat serta mengangkat potensi pelajar sekolah dalam bidang STEM.”

YB Tuan Hj. Mohd. Rafiq ketika menyampaikan ucapan perasmian
Tuan Hj. Mohd. Rafiq dan tetamu kehormat menyaksikan video ARIA dalam gimik perasmian

Sebagai satu-satunya universiti awam di Malaysia yang menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI), UTM memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi digital negara melalui penyelidikan berimpak tinggi dan pendekatan pengajaran inovatif. Penganjuran UTM TechnoXplorer 2025 membuktikan komitmen universiti ini untuk mendekati komuniti, memperkasa bakat muda serta membudayakan inovasi sejak di bangku sekolah.

Tetamu kehormat bersama para hadirin

Program ini menjadi manifestasi nyata usaha berterusan UTM dan KPT dalam membina generasi muda yang bersedia menghadapi masa depan digital, seterusnya memastikan kelestarian pembangunan negara berasaskan pengetahuan dan teknologi.

Source: UTM NewsHub

Explore More

DX 2025 Concludes Erasmus+ DX.sea Project, Strengthening Digital Education Ecosystems Across Asia and Europe

SABAH, 31 October 2025 – The DX 2025: Global Conference on Digital Transformation in Higher Education gathered education leaders, researchers, and innovators from Southeast Asia and Europe at the Sabah International Convention Centre (SICC) and Universiti Malaysia...

UTM Develops Online Modules for the Erasmus+ DIGITAsia Project

MALE’, Oct 30 – The Erasmus+ Capacity Building in Higher Education Project for Digital Transformation of Asian Higher Education (DIGITAsia) convened a four-day meeting in the Maldives from October 27 to 30, 2025. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), represented by...

UTM to Host DOJO Program 2026 at Tsukuba Campus Meeting

TSUKUBA, Oct 3 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) participated in the Campus-in-Campus (CiC) Meeting held at the Tsukuba International Congress Center, Japan, from October 1 to 3, 2025, and announced its hosting of the DOJO Program in 2026. The meeting brought...

UTM and Perodua Collaborate in Hands-On Workshop on EV Modelling and Motor Control

JOHOR BAHRU, Oct 31 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through the Power Electronics and Drives Research Group (PEDG), Faculty of Electrical Engineering (FKE), successfully conducted a five-day industry-focused workshop titled “EV Modelling and Motor Control using...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day