UTM Alumni Grand Homecoming 2025 himpun lebih 1,000 alumni dari dalam dan luar negara

UTM Alumni Grand Homecoming 2025 himpun lebih 1,000 alumni dari dalam dan luar negara

Nov 3, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 1 Nov. – Program UTM Alumni Grand Homecoming 2025 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Alumni UTM berlangsung penuh meriah di Padang Utama, UTM Kuala Lumpur apabila berjaya menghimpunkan lebih 1,000 alumni dari seluruh Malaysia serta antarabangsa termasuk dari China, Singapura dan Indonesia.

Majlis penuh bermakna itu turut dihadiri oleh Pro-Canselor UTM, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Ir. Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali; Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat; serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UTM, diikuti perasmian oleh Pro-Canselor UTM yang dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap kehadiran serta sokongan padu para alumni yang sentiasa komited menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

“Alumni UTM sentiasa menjadi kebanggaan universiti. Kesungguhan dan komitmen anda untuk terus menyumbang dalam pelbagai bentuk seperti tajaan, geran, dan bimbingan membuktikan semangat setia serta kasih yang tidak berbelah bahagi kepada alma mater,” ujar beliau ketika menyempurnakan perasmian majlis.

Pro-Canselor UTM, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Ir. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Ghazali berucap merasmikan UTM Alumni Grand Homecoming 2025

Antara acara kemuncak majlis ialah pelancaran rasmi aplikasi mudah alih UTMAlumni, sebuah platform digital baharu yang diwujudkan bagi mengukuhkan jaringan hubungan alumni di seluruh dunia. Melalui aplikasi ini, alumni boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti universiti, selain menikmati pelbagai keistimewaan termasuk diskaun istimewa daripada hotel, kedai dan rakan perniagaan berdaftar.

Turut diadakan ialah pelancaran barangan eksklusif ALx X UTMAlumni, hasil kolaborasi bersama Al Ikhsan Sports, syarikat milik Tuan Haji Ali Hassan, seorang alumni UTM yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Kerjasama ini menjadi simbol kejayaan dan semangat memberi kembali oleh alumni kepada institusi yang telah membentuk perjalanan kerjaya mereka.

Pelancaran barangan eksklusif ALx X UTMAlumni hasil kolaborasi bersama Al Ikhsan Sports

Suasana majlis bertambah bermakna apabila sebanyak RM4.5 juta sumbangan diterima daripada alumni UTM. Dana ini akan disalurkan bagi membantu kebajikan dan pembangunan pelajar melalui tajaan pendidikan, biasiswa, serta pelbagai inisiatif kesejahteraan pelajar.

Sebagai tanda penghargaan, beberapa alumni telah menerima anugerah mengikut kategori masing-masing sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaian luar biasa mereka yang mengharumkan nama universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dato’ Sri Darwis Abdul Razak antara penerima Anugerah Alumni Cemerlang bagi Kategori Kepimpinan

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh alumni ternama termasuk YB Datuk Seri Panglima Surveyor Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajjah Nuinda, serta YB Dato’ Dr. Daing A. Malek bin Daing A. Rahman, Ketua Eksekutif Bidari Kekal Sdn. Bhd. Turut hadir ialah Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, bekas Ketua Polis Negara; Dato’ Sri Darwis Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.; dan Dato’ Swee Kiang Fong, Ketua Pegawai Eksekutif Skyechip Sdn. Bhd.

Antara alumni ternama UTM yang hadir memeriahkan majlis

Penganjuran UTM Alumni Grand Homecoming 2025 bukan sekadar menjadi platform mempertemukan semula warga alumni selepas sekian lama, malah berfungsi sebagai wadah untuk meraikan kejayaan, memperkukuh jaringan profesional, dan mengukuhkan semangat kebersamaan yang menjadi teras kekuatan komuniti alumni UTM di seluruh dunia.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan UTM untuk menghargai jasa dan sumbangan para alumninya yang telah menjadi duta universiti dalam pelbagai bidang, selain menyemarakkan semangat “kembali menyumbang” demi kelestarian institusi tercinta.

Selamat kembali ke UTM, alma mater yang menjadi titik permulaan kejayaan dan kenangan abadi buat seluruh warga alumni.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Pelajar Johor rangkul tiga anugerah antarabangsa di Korea dengan filamen dari sisa nanas

JOHOR BAHRU, 8 Dis – Bermula dengan sebuah projek bekas makanan daripada sisa nanas, sekumpulan pelajar dari SMK Tan Sri Mohamad Rahmat kini mencipta sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa melalui inovasi filamen pencetak...

Lima atlet UTM galas tanggungjawab negara wakili Sukan SEA Thailand 2025

BANGKOK, 8 Dis – Sukan SEA 2025 edisi ke-33 yang merupakan temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara bakal berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Thailand, negara yang sinonim dengan jolokan Gajah Putih. Sebanyak 11 negara ASEAN mengambil bahagian iaitu...

UTM 2u2i: Celebrating Industry Partners, 100% GE, and Rising Premium Salaries

KUALA LUMPUR, Dec 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through its Faculty of Computing, successfully organized the 2u2i Appreciation Night to honor the strong partnerships that have shaped the success of the UTM 2u2i programme, Bachelor of Computer Science (Data...

UTM secures its 5th consecutive win at the NI Autonomous Robotics Competition 2025

NIBONG TEBAL, Dec 6 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) achieved another milestone by securing its fifth consecutive championship at the NI Autonomous Robotics Competition (NI ARC) 2025, held on 6 December 2025 at Dewan Utama, USM Engineering Campus, Nibong Tebal,...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day