Seminar ISS 2025 UTM bincang pelbagai isu utama kelestarian global

Seminar ISS 2025 UTM bincang pelbagai isu utama kelestarian global

Nov 5, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 5 Nov –  Penganjuran International Sustainability Summit (ISS) 2025 di Hotel Sunway Big Box, Kota Iskandar anjuran Pusat Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTMCCS) dengan kerjasama Pejabat Pelestarian Kampus (SCO) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyentuh pelbagai isu utama kelestarian di peringkat global.

Pengerusi ISS 2025 merangkap Timbalan Pengarah UTMCCS, LAr. Dr. Zanariah Jasmani berkata para peserta telah berada di Hotel Sunway Big Box, Kota Iskandar selama tiga hari untuk membincangkan pelbagai isu utama yang berkaitan dengan kelestarian dan pembangunan mampan sepanjang ISS 2025.

“Antara topik utama yang dibincangkan termasuk pengurusan air dan tenaga yang berkesan, penyelesaian inovatif terhadap masalah pengangkutan lestari serta usaha pengurangan sisa dan amalan kitar semula yang mampu memperbaiki kualiti kehidupan dan melindungi alam sekitar.

“Di samping itu, sesi perbincangan turut menumpukan kepada kesihatan planet, biodiversiti, dan pengurusan tanah yang mapan yang semuanya adalah elemen penting dalam memastikan keseimbangan ekosistem dunia,” katanya yang ditemui selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim ketika memberikan ucapan perasmian program ISS 2025 di Hotel Sunway Big Box, Kota Iskandar

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 3 hingga 5 November 2025 itu terdiri daripada pembentangan isu-isu terkini bidang kelestarian oleh panel dan pakar yang dijemput disusuli oleh pertandingan pembentangan poster dan persembahan secara oral yang dinilai oleh panel profesional.

ISS 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang peserta dari Universiti Awam (UA) serta beberpa agensi lain.

Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Prof. Emerita Datuk Dr. Asmah Ismail; Pengarah UTMCCS, Prof. Ir. Dr. Mohd Fadhil Md. Din dan Pengarah SCOUTHM, Prof. Ts. Dr. Aeslina Abdul Kadir yang turut memberi sokongan penuh terhadap penganjuran acara ini.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Prof. Emerita Datuk Dr. Asmah Ismail menyampaikan syarahan bertajuk ‘ The Role of Higher Education in Delivering ESG Comitment’

Selain itu, aspek kebolehcapaian dan kemampuan dalam menyediakan perkhidmatan penting kepada komuniti turut menjadi tumpuan utama termasuk penglibatan dan pemberdayaan masyarakat setempat dalam usaha pembangunan lestari.

Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga diambil kira sebagai faktor utama dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan program dan projek-projek kelestarian.

Dalam aspek pengurusan organisasi, tumpuan diberikan kepada integriti, tatalaku beretika serta strategi pengurusan risiko yang mampu memperkukuh keberlanjutan organisasi dan projek-projek yang dijalankan.

“Fokus turut diberikan kepada topik seperti pengurusan sumber manusia dan pembangunan kewangan yang mampan bagi memastikan keberlangsungan jangka panjang inisiatif-inisiatif kelestarian ini.

“Sesi terakhir dalam persidangan ini menekankan tentang pentingnya membina perkongsian strategik yang kukuh di antara pelbagai pihak bagi mempercepatkan usaha pembangunan mampan yang memberi manfaat kepada masyarakat global secara keseluruhan,” katanya.

Keseluruhan acara ini berjaya mencapai matlamat utamanya dalam membina kesedaran, memperkukuh kerjasama dan memupuk inovasi dalam bidang kelestarian.

“Dengan penganjuran ISS 2025 ini, adalah diharapkan akan mampu untuk melahirkan lebih ramai pakar kelestarian yang berkeupayaan untuk memandu  lebih banyak inisiatif dan projek yang mampu memberi impak positif kepada kelestarian alam sekitar serta pembangunan sosial ekonomi di masa hadapan,” katanya lagi.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ahli LPU, Prof. Emerita Datuk Dr. Asmah Ismail

Source: UTM NewsHub

Explore More

Cakna kesihatan mental bukan lagi pilihan tetapi keperluan hidup

Dalam kehidupan harian, kita sering kali berasa bimbang terhadap masalah kesihatan fizikal kita seperti demam, darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Kebanyakan kita akan mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan rawatan segera serta bersedia...

UTM CRC Wins Multiple Awards at Seoul International Invention Fair 2025 for Sustainable Construction Innovations

SEOUL, 5 Dec – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through the UTM Construction Research Centre (UTM CRC), has achieved outstanding success at the Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025, bringing home two Special Awards, a Silver Medal, and a Bronze Medal....

UTM Celebrates Major Wins at Seoul International Invention Fair 2025

SEOUL, Dec 5 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) marked an exceptional milestone at the Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025, securing multiple international awards across diverse research fields. Hosted by the Korean Intellectual Property Office (KIPO)...

Penyelidik UTM hasilkan straw penapis air JerneH2O sebagai solusi mudah alih ketika krisis

Kesukaran mendapatkan sumber air bersih ketika bencana alam, khususnya banjir besar yang sering melanda negara, menjadi pencetus kepada sebuah inovasi penting daripada sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Situasi getir yang menyaksikan ribuan...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day