Kerjasama strategik UTM-Infineon tingkat penyelidikan semikonduktor dan AI

Kerjasama strategik UTM-Infineon tingkat penyelidikan semikonduktor dan AI

Dec 9, 2025 | UTM NewsHub

KUALA LUMPUR, 8 Dis. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuh kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Infineon Technologies Asia Pacific Pte. Ltd. bersempena pelancaran Infineon–UTM Innovation Launchpad (UIL) yang bertujuan memperkukuh pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi dalam bidang semikonduktor serta teknologi kecerdasan buatan (AI).

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, dan Naib Presiden Infineon Technologies Asia Pacific, Goh Say Yeow, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, di Dewan Azman Hashim, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

UTM merakamkan penghargaan kepada Infineon Technologies atas keyakinan memilih UTM sebagai rakan strategik jangka panjang dalam bidang semikonduktor dan teknologi maju, selain mengiktiraf sokongan berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh agenda pembangunan bakat dan ekosistem inovasi negara.

(Dari kiri) Prof. Dr. Fauziah Sh. Ahmad, Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Goh Say Yeow

Infineon merupakan peneraju global dalam industri semikonduktor yang memainkan peranan utama dalam pembangunan cip kuasa, sistem automotif, industri pintar dan penyelesaian berasaskan Internet Kebendaan (IoT). Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau semikonduktor, selaras dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).

Pelancaran UIL membuka akses kepada platform teknologi dan peralatan industri, termasuk sistem automasi, simulasi, peranti kuasa serta aplikasi AI dalam pembangunan dan pembuatan komponen semikonduktor. Inisiatif ini merangkumi latihan industri, pemindahan teknologi serta penyelidikan bersama dalam bidang elektronik kuasa, sistem pintar, sensor maju dan bahan termaju.

Goh Say Yeow (dua dari kiri) dan Prof. Dr. Mohd Shafry menandatangani perjanjian kerjasama disaksikan oleh Datuk Ts. Mustapha Sakmud (tengah)
Acara memotong riben sebagai simbolik perasmian UTM–Infineon Innovation Lab (UIL)

UTM melalui Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) akan menerajui pengukuhan program akademik dan penyelidikan berkaitan AI dan kejuruteraan semikonduktor, seiring usaha universiti melahirkan tenaga pakar dan memperluaskan kerjasama bersama industri berimpak tinggi.

Penubuhan Infineon–UTM Innovation Launchpad dijangka melahirkan jurutera dan penyelidik yang memahami keseluruhan rantaian nilai industri semikonduktor, merangkumi reka bentuk, prototaip, pengujian, pembungkusan dan optimasi berasaskan AI. Usaha ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan pesat industri teknologi maju negara, malah meningkatkan kapasiti penyelidikan dan latihan tempatan.

Majlis turut dihadiri pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi, delegasi Infineon Technologies Asia Pacific serta barisan pengurusan tertinggi universiti. UTM merakamkan penghargaan kepada Infineon Technologies atas keyakinan memilih UTM sebagai rakan strategik jangka panjang dalam bidang semikonduktor dan teknologi maju, serta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas sokongan berterusan dalam memperkukuh agenda pembangunan bakat dan ekosistem inovasi negara.

Upacara menandatangani plak perasmian UTM–Infineon Innovation Launchpad (UIL) disempurnakan oleh Datuk Ts. Mustapha Sakmud (empat dari kiri)
Pengurusan tertinggi UTM, Infineon dan Datuk Ts. Mustapha Sakmud mendengar penerangan mengenai pembangunan sistem inovasi di UTM–Infineon Innovation Lab

Source: UTM NewsHub

Explore More

UTM Pioneers Region’s First ASEAN Quantum Summit

JOHOR BAHRU, Dec 11 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted the officiation of the ASEAN Quantum Summit 2025 at Dewan Sultan Iskandar, marking a defining step forward for Southeast Asia’s scientific and technological advancement. The ceremony, officiated by the...

UTM raih lima kejayaan gemilang di Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-16

PUTRAJAYA, 9 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan berimpak tinggi selepas meraih kejayaan cemerlang dalam Majlis Anugerah MAPIM–KPT Kali Ke-16 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan...

Wacana Intelektual MADANI kupas peranan nilai Tauhid dalam AI bagi pembentukan ummah

JOHOR BAHRU, 10 Dis – Wacana Intelektual MADANI Siri 12/2025 anjuran Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka perbincangan signifikan mengenai peranan kecerdasan buatan atau AI apabila ia dibangunkan dan diguna pakai berlandaskan nilai Tauhid...

Nurturing Green Thinkers: UTM Equips School with PV-IoT Kit for Hands-On Sustainable Learning

GELANG PATAH, Dec 9 – In an important step toward strengthening sustainable education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lecturers successfully handed over a newly developed educational kit, the Sistem Fotovoltaik–Internet Pelbagai Benda (PV-IoT) for agriculture...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day