Selasa, 7 Mei 2019.
JOHOR BAHRU : Penerimaan sijil penubuhan syarikat hiliran UTM, Synapse Innovation Sdn Bhd kepada Dr. Afnizanfaizal Abdullah semasa Majlis Perjumpaan Bulanan Naib Canselor UTM (Mei 2019). Penubuhan syarikat ini adalah untuk tujuan meningkatkan komersilan produk dan perkhidmatan hasil penyelidikan melalui perlesenan harta intelek UTM. Syarikat yang ditubuhkan oleh Dr. Afnizanfaizal yang merupakan felo penyelidik UTM Big Data Centre, beliau terlibat di dalam perkhidmatan pembangunan aplikasi peramalan analitik ( predictive analytics ) menggunakan teknologi kepintaran buatan ( artificial intelligence ) dan pembelajaran mesin ( machine learning ) untuk sektor industri perusahaan, pertanian dan kesihatan. Perkhidmatan yang telah disediakan telah digunakan oleh beberapa syarikat gas dan sumber asli, perusahaan sawit dan agensi kesihatan kerajaan. Pihak syarikat akan menyumbang sebanyak RM10k setahun kepada UTM untuk perlesenan (selama 5 tahun) dan sekurang2nya 3% dari hasil jualan akan disalurkan ke UTM di dalam bentuk hadiah, geran penyelidikan kontrak atau sumbangan endowment.
Datuk Dr. Wahid Omar (tengah kiri) menyampaikan sijil penubuhan syarikat hiliran UTM, Synapse Innovation Sdn Bhd kepada Dr. Afnizanfaizal (tengah kanan) ketika Majlis Amanat Naib Canelor Bulan Mei 2019 Naib Canselor 2018 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai. – Foto HEK