Perkongsian Big Data in Accounting kepada Jabatan Akauntan Negara oleh Pengarah UTM BDC Prof Naomie Salim.
Pengarah turut berkongsi tentang bagaimana data raya boleh digunakan secara kreatif untuk memproses pelbagai data kewangan secara komprehensif, bukan sahaja data kewangan dalaman yang merupakan data berstruktur, tetapi juga data tidak berstruktur di dalam dan luar organisasi untuk memberi gambaran komprehensif bagi pelbagai tujuan termasuk mengesan penipuan, anomali, peramalan dan perancangan strategik.
Turut dikongsikan ialah pelbagai kajian kes bagaimana teknologi terkini kepintaran buat termasuk Generative AI dapat digunakan untuk menujah portfolio perakaunan pada masa akan datang dan teknik-teknik untuk meletakkan nilai wang bagi data bagi syarikat yang mempunyai banyak data, seperti Apple Inc., Facebook, Twitter dan TikT