Artificial Intelligence and Robotics Festival (AIRFEST) 2025 telah berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru pada 10-11 Jun 2025.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, YBrs. Prof. Dr. Rosli bin Md Illias, dan seterusnya disusuli oleh ucapan perasmian Timbalan Menteri Digital Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong. Acara tersebut turut menyaksikan pelancaran montaj AIRFEST2025, Huibo Robotics Satellite Lab dan inisiatif Robotics for All (RFA).
Selain itu, pameran oleh UTM Big Data Centre (UTMBDC) juga terlibat, mempamerkan teknologi, inovasi dan projek yang dibangunkan seperti NexScholar dan KomunitiKu, sekaligus menjadi platform perkongsian kepakaran dan idea. UTMBDC turut mempromosikan kursus profesional dan kursus pendek yang dijalankan, memberikan peluang kepada pengunjung dan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi dan data.
												





