Iskandar Puteri – Pusat Pelestarian Alam Sekitar & Sekuriti Air (IPASA), UTM telah mengadakan satu sesi perkongsian dapatan penyelidikan bagi projek 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐅𝐮𝐧𝐝 (𝐆𝐂𝐑𝐅): 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐑𝐢𝐯𝐞𝐫 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐜𝐮𝐫𝐢𝐭𝐲 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐲 bersama pihak
Badan Kawalselia Air Johor – BAKAJ.
Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. En. Azlan Afandi bin Sauffee Afandi, Pengarah BAKAJ, ini merangkumi perbincangan mengenai impak perubahan iklim dan guna tanah kepada kualiti air dan infrastruktur bekalan air di Sungai Johor. Pihak IPASA yakin bahawa dapatan kajian ini dapat menyumbang secara signifikan kepada usaha BAKAJ dalam memperkukuh kelestarian pengurusan sekuriti air di Lembangan Sungai Johor.
Delegasi IPASA diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Zainura Zainon Noor, Pengarah IPASA, serta disertai oleh Felo Penyelidik IPASA (Prof. Dr. Zulkifli Yusop, Dr. Azmi Aris, Ts. Dr. Nur Syamimi Zaidi, Ir. Dr. Eliza Alias), Dr. Zulfaqar Sa’adi (Felo Pascadoktoral), Ts. Siti Fadilla Md Noor (Pegawai Penyelidik) dan En. Anwar (Pelajar Pascasiswazah)
IPASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BAKAJ atas kerjasama strategik ini yang diharap dapat memacu integrasi antara hasil penyelidikan akademik dan pelaksanaan dasar serta operasi pengurusan air negeri secara lebih mampan dan berdaya tahan.