75 Pelajar UTM Sertai Program Anak Angkat MADANI di Kg Plang

75 Pelajar UTM Sertai Program Anak Angkat MADANI di Kg Plang

Aug 6, 2025 | UTM NewsHub

GERIK, 5 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melunaskan peranannya dalam menjayakan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar, khususnya melalui usaha menaik taraf kemudahan asas, memperluas capaian Internet serta melaksanakan program pendidikan dan pembangunan sahsiah komuniti.

Kampung Angkat MADANI merupakan pendekatan “whole of government” yang berteraskan keperluan rakyat bagi memastikan setiap kampung terpilih menerima manfaat infrastruktur dan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh.

Pada tahun ini, pelaksanaan Kampung Angkat MADANI 2.0 diperluaskan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) (JTNCPI), telah memilih Kampung Plang, Gerik, Perak sebagai lokasi kampung angkat.

Program Anak Angkat MADANI 2025 berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2025 dengan penyertaan pelajar, staf, dan pakar UTM bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Plang, Pejabat Daerah & Tanah Hulu Perak, serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai rakan strategik.

Program selama empat hari ini melibatkan 75 pelajar UTM dari Kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur, terdiri daripada 54 pelajar tempatan dan 19 pelajar antarabangsa. Menurut Pengarah Program, Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud, penglibatan pelajar antarabangsa amat membanggakan, dengan penyertaan daripada sembilan negara iaitu India, Bangladesh, Sudan, Pakistan, Mesir, Palestin, China, Syria dan Somalia. Program ini dirangka untuk memperkasa komuniti desa melalui pendidikan, pembangunan bakat, dan pengukuhan jaringan sosial antara warga kampung dan warga UTM.

Bertemakan aspirasi MALAYSIA MADANI – Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan – program ini memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan, kepimpinan, dan bakat komuniti, khususnya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta kesejahteraan sosial. Penguasaan teknologi termasuk Kecerdasan Buatan (AI) turut diberi penekanan, selaras dengan kepakaran UTM sebagai universiti terkemuka dalam sains dan teknologi.

 

 Sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat

 

 Program asas urutan komuniti kendalian Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip, UTM

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya perkongsian ilmu mengenai AI, reka bentuk menggunakan Canva, asas urutan, sains dan teknologi, motivasi pendidikan, serta projek komuniti seperti UTM Reading Station, kerja pembaikan sekolah agama, dan kelas tuisyen maya.

UTM Reading Station diwujudkan di Dewan Serbaguna

 

Pusat tuisyen maya untuk pelajar Kampung Plang

 

 Aktiviti mengecat dan memasang tingkap nako di sekolah agama

Aktiviti berteraskan budaya turut mendapat sambutan, termasuk demonstrasi memasak lemang, peneram, cucur jawa, gotong-royong perdana, dan Karnival Sukan Rakyat MADANI 2025.

 

Kenduri sekampung bersama pelajar antarabangsa memasak Bubur Asyura

 

 Mempelajari masakan kuih cucur jawa

Kem Motivasi Pendidikan dan Dialog turut diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Plang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sri Wan Mohamed dengan objektif meningkatkan motivasi serta minat belajar, memperkukuh kemahiran belajar dan pengurusan masa, membentuk sahsiah positif, serta memberi hala tuju kerjaya. Sesi ini dikendalikan oleh pakar akademik UTM dengan bantuan pelajar. Selain itu, Program Perkongsian Budaya dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman silang budaya, memberi pendedahan tentang adat, tradisi, bahasa, dan cara hidup pelbagai kaum, serta memupuk rasa saling menghormati dan toleransi.

 

Program motivasi dan kepimpinan di SMK Dato’ Sri Wan Mohamed dalam mengenal potensi diri

 

Pelajar SK Plang bersama fasilitator UTM dalam aktiviti dalam kumpulan (LDK)

 

Pelajar SK Plang semasa program motivasi dan jati diri

Dalam program ini juga, pihak UTM menyampaikan 50 Pek Keperluan Asas MADANI kepada 50 keluarga terpilih menerusi Program Ziarah MADANI. Inisiatif ini melambangkan keprihatinan terhadap keluarga yang memerlukan bantuan demi kelangsungan hidup yang lebih baik. Ia bukan sekadar pemberian barangan, tetapi menyampaikan mesej kasih sayang, solidariti, dan persaudaraan, selaras dengan prinsip MADANI yang mengutamakan kesejahteraan, ihsan, dan kemampanan.

 

Penyampaian pek ziarah MADANI oleh Datuk Asyraf bersama Prof. Dr. Shafry dan Dato’ Ir. Mohammed Nor bersama JPKK Kampung

 

Karnival sukan rakyat perlawanan bola jaring antara UTM dan komuniti

Kemuncak program ialah Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI pada 8 Ogos 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA. Turut hadir ialah Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Ahli Lembaga Pengarah UTM, Dato’ Ir. Mohammed Noor Abu Hassan, pengurusan tertinggi universiti, pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, serta wakil agensi kerajaan.

Peluncuran Program kampung Angkat Madani

Majlis penutup pada 9 Ogos menampilkan Refleksi Pengalaman oleh wakil pelajar tempatan dan antarabangsa, disusuli persembahan bakat, jamuan rakyat, dan acara sukan. Menurut Ts. Dr. Syamsul Hendra, penempatan pelajar di bawah jagaan keluarga angkat di Kampung Plang bukan sahaja memberi pendedahan kepada budaya, adat, dan makanan tempatan, malah membuka ruang untuk pelajar berkongsi ilmu dan teknologi ke desa. Hal ini selaras dengan tagline baharu UTM, “Menginovasi Penyelesaian Lestari”, serta mengeratkan hubungan ukhuwah antara universiti dan komuniti setempat  ke arah membina masyarakat desa yang progresif, berdaya saing, dan sejahtera.

Source: UTM NewsHub

Explore More

The Art of Being Heard in a Noisy World

Hundreds of advertisements, social media posts, and headlines flash across your screen every time you scroll, each fighting to be noticed in a world of constant noise. Some messages grab your attention instantly, while others vanish without a trace. The difference...

Global Startup Mentor Scott Fox Shares “Click Millionaires Mindset”

JOHOR BAHRU, Sept 4 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hosted an engaging sharing session with renowned entrepreneur, author, and startup mentor, Scott Fox at the Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru. Themed “Click Millionaires Mindset: Building Sustainable...

UTM Fortifies Research Excellence via MyRA & HICoE Course

JOHOR BAHRU, 3 September 2025 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) reaffirmed its commitment to research excellence through the 'Kursus Pemerkasaan Pengetahuan MyRA dan HICoE 2025', held on 2nd and 3rd September 2025 at Dewan Kuliah 8, N24, UTM Johor Bahru. The...

UTM–UNDIP International Capstone Project on Ecotourism

SEMARANG, July 28 – The Centre for Engineering Education (CEE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), together with the Faculty of Industrial Engineering (Fakultas Teknik Industri), Universitas Diponegoro (UNDIP), successfully carried out an International Capstone...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index