Bangsa Johor Bahagia 2.0: Memperkasa Kehidupan, Menyatukan Komuniti

Bangsa Johor Bahagia 2.0: Memperkasa Kehidupan, Menyatukan Komuniti

Aug 10, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 9 Ogos – Flat Taman Plentong Utama, Johor Bahru hari ini menjadi saksi inisiatif berimpak Projek Bangsa Johor Bahagia (BJB) 2.0 yang dilaksanakan di bawah naungan Yayasan Raja Zarith Sofiah (YRZS) dengan kolaborasi erat antara Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Lebih manis apabila kemuncak program ini menerima keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah untuk berkenan bercemar duli merasmikan projek berkenaan dengan turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir ke majlis ini Pengerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, serta Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim. Kehadiran baginda bersama pimpinan negeri dan institusi utama ini memancarkan rasa penghormatan dan semangat kebersamaan yang menyentuh hati seluruh komuniti setempat.

Melalui Projek Fasiliti Sejahtera yang diketuai oleh Prof. Maimunah Sapri dari Pusat Kajian Harta Tanah (CRES), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM, pasukan projek ini telah membentangkan cadangan yang menjadi kunci kepada transformasi kawasan perumahan strata menjadikannya lebih selesa, inklusif dan lestari.

Bertemakan “Bangsa Johor Bahagia, Fasiliti Sejahtera: Memperkasa Daya Huni Perumahan Strata”, projek ini menjadi titik tolak kepada usaha membina komuniti perumahan strata yang inklusif, mampan dan harmoni. Fasiliti Komuniti Sejahtera berkenaan digerakkan sebagai inisiatif strategik untuk meningkatkan kualiti hidup melalui pengurusan fasiliti yang lebih berkesan, pengukuhan sosioekonomi, penglibatan sosial yang aktif serta persekitaran kediaman yang selamat dan lestari.

Antara impak utama yang dihasratkan adalah dapat meningkatkan kesedaran penghuni terhadap peranan mereka dalam pengurusan strata, memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara fasiliti komuniti, melahirkan Skuad Pengurusan Fasiliti yang aktif dan berdedikasi, serta mewujudkan Model Komuniti Strata Sejahtera sebagai rujukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Bagi merealisasikannya, inisiatif utama telah dirangka merangkumi profiling penghuni, penubuhan skuad fasiliti, program Sisa Segak untuk memupuk kesedaran mengutamakan kebersihan dan kitar semula, kajian keupayaan pemilikan rumah, audit fasiliti dan penganugerahan Blok Sejahtera sebagai pengiktirafan kepada pengurusan terbaik. Usaha ini bukan sekadar membaiki prasarana tetapi membina rasa memiliki, harga diri dan kebanggaan komuniti.

Izwani Md Noor, wakil komuniti BJB 2.0, berkata “Program Bangsa Johor Bahagia membuka mata dan hati kami. Ia memberikan nafas baharu kepada komuniti dari segi peluang, ilmu, kesedaran dan sokongan. Kami rasa dihargai dan dilihat oleh pihak Istana, Kerajaan Negeri dan UTM yang sentiasa membimbing kami.”

Pendapat Izwani seiring dengan inti pati projek ini yang menekankan kebahagiaan tidak hadir dengan menanti, tetapi dibina melalui usaha gigih, kesepakatan utuh dan kasih sayang yang dikongsi. Projek ini bukan sekadar membina struktur fizikal, tetapi membina semangat kebersamaan dan warisan komuniti yang mekar dari generasi ke generasi.

Source: UTM NewsHub

Explore More

Wacana Intelektual MADANI 2025 kupas masa depan pendidikan era AI

JOHOR BAHRU, 8 Okt. – Siri kesembilan Wacana Intelektual MADANI 2025 anjuran Majlis Profesor dengan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST) sebagai hos penganjur telah dilaksanakan dengan jayanya, meneruskan kesinambungan siri perbincangan ilmiah yang mengupas...

EF = AI × (OI)²

At first glance, the title may seem geeky and perhaps an imitation of Einstein’s famous equation, but it’s intentionally crafted to spark curiosity. The idea behind it is simple yet profound: Engineering Future (EF) will be powered by Artificial Intelligence (AI), but...

UTM Global Connect 2025 Concludes with NALI and INATEX Awards Honouring Innovation and Learning Excellence

JOHOR BAHRU, 8 Oct — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) concluded its flagship event, UTM Global Connect 2025, with a meaningful closing ceremony that celebrated innovation, teaching excellence, and international partnership. The event, held at Persada Johor...

INATEX-NALI 2025 perkasa inovasi UTM di persada global

JOHOR BAHRU, 7 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju inovasi pendidikan dan penyelidikan melalui penganjuran UTM Global Connect (UTMGC) 2025 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index