KTP Nexus platform UTM hasilkan ibu tunggal berminda keusahawanan

KTP Nexus platform UTM hasilkan ibu tunggal berminda keusahawanan

Aug 7, 2025 | UTM NewsHub

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) terus komited memperkasakan keusahawanan ibu tunggal dan wanita B40 menerusi Program Pemindahan Ilmu (KTP) Nexus: Mengupaya Keusahawanan Melalui Kemahiran. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), GIATMARA, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD).

Sepanjang Februari hingga Julai 2025, pelbagai kelas kemahiran intensif telah dianjurkan merangkumi dua kategori utama iaitu Rasa & Aroma (bidang kulinari) dan Jahitan & Gaya (fesyen dan pakaian), selain kemahiran urutan terapi. Antara modul yang ditawarkan termasuk pembuatan biskut raya, hamper eksklusif, karipap pusa sejuk beku, kek keju (cheesecake), nuget sejuk beku, aneka roti, sandwic Wanpaku serta asas jahitan Teluk Belanga.

Modul Rasa & Aroma merupakan sebahagian daripada modul yang diikuti oleh peserta

Kesemua latihan ini dijalankan secara praktikal bersama tenaga pengajar berpengalaman daripada agensi kolaborator. Secara keseluruhan, lebih 70 peserta ibu tunggal telah mengikuti siri ini bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan potensi pendapatan mereka.

Sebagai kesinambungan, Bengkel Post-Mortem Kelas Kemahiran dan Majlis Penghargaan Tenaga Pengajar telah diadakan di Hyatt Place, Paradigm Mall Johor Bahru, menghimpunkan lebih 50 peserta termasuk tenaga pengajar, urus setia dan rakan kolaborasi. Bengkel ini memberi ruang untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program serta merangka penambahbaikan untuk fasa seterusnya.

Sesi bengkel post-mortem bagi menambah baik inisiatif KTP Nexus pada masa hadapan

Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata penghargaan kepada tenaga pengajar sebagai pengiktirafan atas dedikasi mereka dalam menjayakan program.

Antara tenaga pengajar yang diberi penghargaan

Turut hadir merasmikan majlis ialah Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, Prof. Dr. Johari Surif, yang menzahirkan harapan agar inisiatif ini diteruskan dan diperluas.

“UTM percaya ilmu dan kemahiran praktikal adalah kunci untuk meningkatkan taraf hidup komuniti. Melalui program ini, kita bukan sahaja memberi latihan, tetapi juga membuka peluang kepada peserta untuk berdikari dan menjana pendapatan. Harapan saya agar usaha seperti ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekonomi ibu tunggal dan wanita B40,” ujar Prof. Dr. Johari Surif.

“Kekuatan program ini adalah hasil kerjasama erat antara UTM dengan pelbagai agensi rakan strategik. Kita percaya, apabila universiti, kerajaan dan komuniti berganding bahu, impak yang dihasilkan akan lebih mampan dan memberi manfaat jangka panjang kepada golongan sasar,” jelas Prof. Dr. Johari Surif.

Prof. Dr. Johari berharap insiatif seperti KTP Nexus dapat diteruskan dengan skala yang lebih besar

Program ini selari dengan misi UTM untuk memperkukuh jaringan universiti-komuniti dan memindahkan kepakaran akademik kepada masyarakat, sejajar dengan aspirasi pembangunan komuniti inklusif dan berdaya saing.

Oleh Ts. Dr. Siti Zulaiha Hanapi

Source: UTM NewsHub

Explore More

Mahasiswa UTM bersolidariti suarakan sokongan kemanusiaan buat Palestin dan Global Sumud Flotilla

JOHOR BAHRU, 3 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi menjadi wadah suara mahasiswa apabila puluhan pelajar berhimpun di Dataran Agora berhampiran Dewan Sultan Iskandar bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin melalui program...

UTM Trio Wins Double Honours at IDEERS 2025 Earthquake Engineering Challenge, Taiwan

TAINAN, Oct 2 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) once again showcased its global excellence when a team of its students captured two prestigious awards at the 2025 International Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research (IDEERS) competition,...

NC UTM Bersama Fakulti: Menyemai Arah Strategik Masa Depan

Baru-baru ini, Naib Canselor UTM telah mengadakan siri kunjungan bersama semua dekan dan pengurusan fakulti dalam siri kunjungan dan perbincangan strategik. Tujuan utama sesi ini adalah untuk meninjau semula hala tuju universiti serta memperkukuh pelaksanaan agenda...

Cadangan umur persaraan profesor ke 65 tahun dinilai sebagai langkah strategik negara

Ketika Malaysia bersiap untuk membentangkan Belanjawan 2026 pada bulan Oktober ini, salah satu dasar yang sedang dipertimbangkan ialah menaikkan umur persaraan perkhidmatan awam kepada 65 tahun. Cadangan ini amat relevan di universiti awam, di mana persaraan profesor...
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index